|
AURA PERSONALITI WARNA: YM Dr
Tengku Asmadi
Nama: Dr Tengku Asmadi
Tengku Mohamad
Profil: Pakar Motivasi, Personaliti TV, Penulis
Buku Motivasi, Pengarah Urusan MAP Training
& Consultancy Sdn. Bhd.
Tarikh analisis Aura : 06hb November 2009
Masa: 17:00 pm Durasi sesi analisis : 2 jam
Lokasi: Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd,
Seksyen 9, Shah Alam
Konsultan: Dr Mir Hazil Azran Ramli
Keputusan analisis: (atas izin - dipaparkan di
bawah)
FOTO AURA - ‘HALF BODY IMAGE’
ILLUSTRASI AURA : ‘FULL BODY IMAGE’
Catatan Konsultan:
Analisis kesihatan Sistem Bio-energi Manusia :
(sulit - tidak dipaparkan)
Analisis Psikologi Energi : (atas izin -
dipaparkan di bawah)
Nota untuk pambaca:
Salam Aura Kedamaian.. Alhamdulillah, atas
izin-Nya; suatu analisis kesihatan sistem
bio-energi manusia menerusi teknologi
“Bio-feedback Aura Camera - AVS” telah
dijalankan untuk YM Dr Tengku Asmadi Tengku
Mohamad untuk tujuan kesihatan aura (umum) dan
perkongsian ilmu pengetahuan.
Hasil analisa telahpun diperincikan secara
‘verbal’ semasa sesi konsultasi. Manakala
laporan analisa secara bertulis (21 mukasurat)
dibekalkan menerusi emel untuk tatapan peribadi
YM Dr Tengku Asmadi.
Atas persetujuan beliau, untuk tujuan ilmiah
dan perkongsian; disediakan sebuah laporan
“ANALISIS PSIKOLOGI ENERGI” atas WARNA
PERSONALITI YM Dr Tengku Asmadi untuk tatapan
umum.
Adapun tujuan utama paparan ESKLUSIF ini dibuat
adalah:
Untuk mengenali dengan lebih dekat Personaliti
dan Mentor kesayangan ramai ini melalui sebuah
perspektif yang baru, segar dan berbeza iaitu
dari sudut ilmu AURA PERSONALITI WARNA.
Untuk memberi maklumat berkesan agar menjadi
INSPIRASI bagi mereka yang mahu berjaya seperti
YM Dr Tengku Asmadi. Menerusi laporan ini,
seseorang mampu menghadirkan ciri atau nilai
yang dimiliki oleh mentor tersebut ke dalam
kehidupan seharian mereka.
Untuk memberi pendedahan dan informasi kepada
umum serba sedikit perihal ilmu AURA agar
menambah nilai pemahaman akannya serta melihat
perhubungannya dengan personaliti manusia.
Mudah-mudahan ada ‘nilai’ kebaikkan yang dapat
dikongsikan bersama.
Dr Mir Hazil Azran Ramli.
Analisis
Psikologi Energi
Ym Dr Tengku Asmadi - Personaliti Biru
Sudut Sosial
Personaliti biru merupakan personaliti yang
suka menolong, mendidik, membela dan mengambil
berat akan orang lain. Mereka memiliki sifat
ini secara semulajadi samada mereka sendiri
sedar akannya atau tidak. Mereka banyak
menggunakan hati dan perasaan dalam
berkomunikasi dan perhubungan mereka. Malah,
antara tujuan hidup mereka adalah membantu,
menyayangi dan mendidik orang lain perihal
kemanusiaan dan kemakmuran. Biru adalah warna
bumi dan warna ini menjadi penawar untuk segala
macam penyakit yang ada padanya.
Personaliti biru amat disenangi ramai. Malah,
oleh kerana sifat mereka yang suka mengambil
berat itu, mereka gemar untuk sentiasa bersama
dengan orang ramai. Oleh itu personaliti ini
mudah ditemui di tempat keramaian, majlis atau
di mana orang ramai berkumpul.
Personaliti warna ini sangat sosial. Mereka
mengambil berat orang lain dengan begitu
mendalam sekali. Oleh sebab inilah mereka
begitu rapat dan begitu menyayangi keluarga
mereka dan orang yang berada di sekeliling
mereka. Keluarga merupakan perkara yang utama
kepada mereka. Mereka sentiasa akan memberi
sokongan kepada keluarga mereka jika terdapat
sesuatu masalah yang berlaku. Mereka sanggup
melakukan apa sahaja perkara yang berkaitan
untuk membantu keluarga dan rakan rapat
mereka.
Personaliti warna ini suka membantu orang.
Mereka akan berasa bahagia dengan membantu
orang. Apabila mereka mengenali seseorang dan
meyukainya, personaliti ini agak sukar untuk
melupakan orang tersebut. Mereka akan
menghantar hadiah supaya dapat menunjukkan
betapa bermaknanya perhubungan tersebut kepada
mereka. Mereka juga tidak lupa hari-hari yang
penting dalam hidup seseorang. Contohnya
seperti hari lahir ahli keluarga dan
teman-teman. Sikap mereka ini meyebabkan ramai
orang suka berdamping dengan personaliti biru.
Mereka rasa amat dihargai oleh personaliti
ini.
Personaliti biru merupakan seorang yang peka
dan empati. Mereka dapat memahami perasaan
orang lain dengan mudah dan cepat. Mereka
begitu memahami bahasa tubuh, lengok nada dan
bahasa orang disekitar mereka. Mereka tahu dan
begitu mudah terguris dan tersentuh perasaan
terhadap isu kesedihan atau nasib malang orang
lain. Ini menjadikan mereka rakan yang baik dan
begitu memahami. Mereka juga tahu bagaimana
mahu menasihat dan membantu. Semua ini kerana
daya kepekaan yang mereka ada.
Mereka menggunakan suara yang lembut ketika
berkomunikasi. Mereka pandai menggunakan nada
suara yang betul untuk menggambarkan rasa
mereka. Mereka memiliki kebolehan berbicara
secara personal yang hebat dan menawan hati
orang lain yang mendengarnya. Nada dan bahasa
tubuh mereka amat spontan dan seiringan. Ini
kerana ia datang dari hati mereka yang ikhlas
dan lembut. Mereka juga sukakan sesi komunikasi
yang lebih berbentuk peribadi dan tidak terlalu
terbuka. Ini akan membuatkan mereka dapat
memberi sentuhan peribadi dalam setiap isu yang
dibicarakan.
Personaliti biru mudah berkongsi rasa sayang
dan mesra mereka. Segalanya tanpa batas malah
mereka umpama contoh kasih sayang tanpa syarat
Yang Maha Pencipta kepada sekelian isi alam.
Mereka memberi tanpa harapkan balasan. Walaupun
adakalanya mereka tersentuh jika pemberian
mereka tidak dihargai. Mereka selalu menjadi
orang yang pemaaf. Orang yang bersalah dengan
personaliti ini hanya perlu meminta maaf. Hati
lembut personaliti biru akan segera memaafkan
salah oarng lain tanpa kira besar atau kecilnya
kesalahan tersebut. Sikap ini dilihat sebagai
sikap “terlalu baik” untuk sesetengah orang.
Ini menjadikan personaliti biru orang yang
mudah diambil kesempatan atau ditipu.
Perhubungan
Perhubungan merupakan sesuatu yang amat
berharga bagi mereka. Bagi personaliti biru
perhubungan bermaksud perkongsian emosi dan
perasaan. Mereka berharap pasangan mereka dapat
memahami mereka sebagaimana mereka memahami
pasangan mereka. Pasangan mereka merupakan
seorang yang bertuah. Hal ini kerana biru akan
berusaha untuk mewujudkan satu perhubungan yang
harmoni dan mesra. Mereka akan sentiasa memberi
galakan, ransangan, kemesraan dan menyayangi
pasangan mereka.
Personaliti biru suka kepada alam kekeluargaan.
Oleh sebab itulah mereka suka kepada institusi
kekeluargaan dan perkahwinan. Dalam bentuk
perkongsian peribadi pula, personaliti biru
mementingkan perhubungan yang berbentuk
perasaan.
Personaliti biru merupakan seorang yang setia.
Mereka begitu jujur dan setia terhadap pasangan
mereka. Mereka juga harapkan kesetiaan yang
tinggi dari pasangan mereka. Ini adakalanya
sukar dicapai kerana cara kesetiaan adalah
berbeza untuk setiap personaliti warna.
Antara matlamat personaliti biru dalam sesebuah
perhubungan adalah persahabatan dan kerohanian.
Sekiranya kedua aspek ini harmoni, mereka akan
lebih menghayati kehidupan dan erti
perhubungan. Alam perhubungan adalah gambaran
nikmat tingkatan kerohanian pada mereka. Rasa
terhubung dengan alam dan Yang Maha Pencipta
akan membuatkan personaliti biru rasa ‘hidup’
dan sempurna. Ini seterusnya akan terpancar
melalui karektor dan peribadi mereka.
Kewangan dan Kerjaya
Personaliti biru tidak begitu menunjukkan
kecenderungan minat terhadap wang yang banyak.
Wang adalah perkara yang jarang difikirkan biru
kerana bagi mereka perhubungan, interaksi dan
kasih sayang adalah perkara yang jauh lebih
penting. Mereka lebih suka mengambil pendekatan
yang selamat dan takut untuk mengambil risiko.
Perkara atau kerjaya yang terlalu berisiko
adalah perkara yang perlu dielakkan bagi
personaliti biru.
Personaliti biru mengambil masa untuk membuat
keputusan. Mereka berfikir dengan
semasak-masaknya tentang sesuatu masalah.
Fikiran mereka pula haruslah sentiasa dalam
keadaan yang tenang. Walaupun mereka lambat
mengambil keputusan, tetapi keputusan yang
diambil mereka akan bermanfaat kepada semua
orang. Personaliti ini sukar hendak berfikir
secara analitis. Hal ini kerana cara
personaliti ini berfikir ialah dengan banyak
melibatkan perasaan atau emosi berbanding
dengan fikiran mereka. Biru mahu sesuatu
keputusan yang diambilnya itu akan
mengembirakan semua orang. Ini menjadikan
mereka menjadi rujukan dalam isu yang
melibatkan ramai pihak. Cara mereka berfikir
dan menyelami sesuatu isu menjadikan mereka
pandai memilih keputusan yang tepat untuk
keharmonian semua pihak.
Personaliti ini juga merupakan pendengar yang
baik. Mereka mudah untuk memahami masalah orang
lain dan masuk ke dalam alam tersebut. Mereka
mampu memberi sokongan kepada orang lain.
Mereka merupakan tempat yang sesuai untuk
berkongsi masalah. Oleh itu personaliti ini
sesuai dengan kerjaya yang memberi galakan dan
menolong orang lain. Mereka boleh menjadi ahli
psikologi untuk ramai orang dan sifat ini ada
secara semulajadi. Mereka amat sesuai untuk
menjadi ahli motivasi, ahli terapi kerohanian
dan kejiwaan.
Personaliti biru perlu berupaya untuk mempunyai
cita-cita yang tinggi. Mereka berharap dapat
mewujudkan satu persekitaran yang harmoni dan
pasukan yang bekerja sebagai pasukan. Kerjasama
dalam pasukan bagi personaliti ini amat penting
dalam menghasilkan keputusan yang baik. Mereka
seorang yang setia pada pasukan mereka. Cara
mereka memimpin ahli pasukan adalah dengan
teladan. Mereka selalu menekan pada orang
bawahan mereka bahawa kerja secara berkumpulan
dapat menghasilkan kerja yang terbaik. Mereka
sentiasa memberi galakan kepada ahli pasukan
mereka dalam memperolehi keputusan yang
diingini.
Kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti
biru adalah guru, pakar motivasi, juruterapi,
bidang perubatan, ahli psikologi, penulis,
penasihat, penyelia, pengurusan administrasi,
setiausaha, sukarelawan dan pegawai
kebajikan.
Kesihatan dan Pertumbuhan
Personaliti biru harus menjaga kesihatannya
dengan baik. Mereka cenderung memiliki
keupayaan untuk mengalami masalah tekanan darah
rendah. Ini kerana sistem sirkulasi darah dan
saraf agak terganggu kerana sikap mereka yang
kurang bersenam atau melakukan aktiviti lasak.
Mereka juga boleh mengalami isu metabolisma
yang rendah atau terlalu tinggi. Ini akan
menjadikan mereka mempunyai masalah berat badan
yang berlebihan atau kurang. Pengambilan
buah-buahan dan air perlu cukup dalam diet
mereka setiap hari.
Cara personaliti ini mencaskan bateri kehidupan
mereka adalah melalui aktiviti seperti meditasi
dan mendengar kepada muzik yang berentak
perlahan. Berada di alam yang saling memberi
galakan kepada orang lain akan banyak membantu
mereka berasa lebih segar. Senaman yang
bersesuaian dengan mereka adalah berbasikal,
berjalan dan berenang. Personaliti biru sering
dikaitkan dan sinonim dengan air. Jadi aktiviti
yang berkaitan dengan air amat bersesuaian
denagn personaliti ini.
Ringkasan
Analisis & Rumusan
Chakra Komunikasi (Throat Chakra) - Aura
Segar
Warna Aura/ Chakra : BIRU
Frekuensi Gelombang : 485nm - 500nm
Nama Chakra : Chakra Komunikasi (Throat
Chakra)
Nama Lapisan Aura : Lapisan Tubuh Eterik
Tinggi
Deria : Pendengaran Sistem Kelenjar : Kelenjar
tiroid
Tubuh Fizikal : Kerongkong, peti suara,
tengkok, tiroid, Para-tiroid
Contoh Penyakit : Alergi, masalah pernafasan,
sakit tekak/ mulut, jangkitan, saraf, sistem
imun, batuk, sendi, tulang, berdengkur,
bronkitis, gagap.
Psikologi Harmoni : Bijak berbicara, tenang,
hayati, penyayang, ambil berat, harmoni,
sensitif, pendiam, mesra, setia.
Psikologi Negatif : Sangat sensitif, terlalu
pendiam, pemarah, tidak pandai berbicara,
penarikan diri, termenung, konflik dalaman,
mudah terpengaruh, tidak yakin.
Kerjaya/bidang : Pakar Motivasi, Guru,
pensyarah, pegawai kebajikan, kaunselor/
jururunding, pegawai perhubungan, penulis.
Cadangan Tip Penjanaan AURA
Gems/Kristal : Aquamarine, Turquoise, Sapphire,
Larimar, Blue Lace. Minyak Esens : Rosemary,
Geranium.
Pemakanan : Air, Telur, Susu, Sayur Hijau,
Bijirin, Daging, Ayam, Soya, Keju, Air, Vit E,
Broccoli,
Cadangan Produk : Bio-Immugent, Black Cohosh,
EPO, Vit E, Comfrey, Slippery Elm, Omega 3,
‘7Chakra Magical Oil’.
Nota: ANALISA KESIHATAN & PERSONALITI
MENERUSI TEKNOLOGI AURA - BIOFEEDBACK adalah
bertujuan untuk mengenali kesihatan Sistem
Bio-energi Manusia. Ia bersifat cadangan dan
komplementari, justeru itu pertimbangan wajar
adalah perlu untuk mengaitkannya kepada set
sistem kesihatan fizikal diri.
|