Aura
Bocor
Pernahkah anda mendengar istilah ini? Saya
yakin ramai yang tidak pernah mendengar istilah ini kerana
ianya hanya dilafazkan oleh pengamal-pengamal rawatan
bio-energi yang rata-rata makin hari makin bertambah
bilangannya di Malaysia ini. Aura juga dikenali sebagai medan
elektromagnetik yang mana terdiri daripada partikel-partikel
elektron dan proton. Ianya terlalu halus untuk dilihat dengan
mata kasar dan ianya merupakan medan tenaga yang berada
disekeliling tubuh yang bertindak sebagai perisai halus umpama
lapisan ozon yang menyeliputi bumi.
Di dalam kaedah rawatan bio-energi terdapat
pelbagai kaedah untuk mengesan kebocoran ini. Salah satu teknik
yang popular adalah melalui kaedah ‘palm
scanning’ yang hanya dapat dipelajari melalui kursus
rawatan bio-energi ATAUpun melalui imbasan ‘Aura Bio Sensor’
yang terdapat di pusat rawatan kami.

Melalui imbasan Aura Bio Sensor, seseorang
itu dapat melihat dengan jelas tang mana yang bocor. Kebocoran
dinding aura walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar
ataupun dirasa dengan kulit, ianya tetap mengundang implikasi
secara perlahan-lahan sama ada secara fizikal ataupun
psikologi. Bukan itu sahaja, saiz ketebalan aura juga turut
memainkan peranan. Jika saiz aura kecil, sudah tentu seseorang
itu menderitai masalah dari keempat-empat aspek iaitu
spiritual, emosi, minda dan fizikal. Kami di IQBC mempunyai
rekod kes aura kecil yang banyak. Kesemuanya menunjukkan
simptom yang sama, iaitu kronik!
Isu kebocoran medan tenaga ini masih lagi di
anggap enteng atau hal kecil oleh kebanyakkan mereka di bandar
mahupun di pendalaman. Ini kerana kesedaran / maklumat dari
sudut kesihatan / saintifik tentang perkara ini masih lagi
kurang mendapat liputan, yang popular hanya perkataan “AURA”
itu sahaja, lalu ianya dikomersialkan untuk melariskan
produk.
Kebocoran aura boleh terjadi disebabkan oleh
beberapa faktor. Faktor dalaman dan faktor luaran. Pendedahan
EMR (electro magnetic radiation), faktor persekitaran yang
tercemar dari segi udara dan pemakanan, gaya hidup yang kurang
sihat, masalah kegagalan mengurus emosi, fikiran yang
terganggu, pengambilan ubat-ubatan secara salah serta tinggal
berhampiran dengan kawasan jana kuasa tenaga elektrik adalah
antara-antara faktor yang berpotensi untuk menghakis lalu
membocorkan lapisan-lapisan aura diri. Ramai yang tidak sedar
bahawa pendedahan terlalu lama kepada peralatan-peralatan
eletronik turut menyumbang kepada kebocoran Aura berlaku dalam
skala yang agak besar.
Kebocoran aura boleh menjadi serius jika
tidak dirawat kerana ianya akan menyebabkan kerosakan pada
medan tenaga itu sendiri. Kerosakan pada medan tenaga akan
mendatangkan pelbagai masalah yang mana ianya akan menjadi
titik tolak kepada pelbagai jenis penyakit / masalah psikologi.
Malas, sakit / lenguh bahu, mudah marah, hilang daya tumpuan
adalah antara sebahagian petanda kecil kebocoran aura. Amat
malang kerana kini kita dapat melihat kanak-kanak ramai yang
telah terdedah dengan radiasi EMR, kesan dari penggunaan
telefon bimbit milik ibu bapa.
Di bawah adalah contoh aura yang mengalami kebocoran.
Walaupun saiz auranya besar, tidak bererti ianya tidak
mengalami kebocoran.
©HAKCIPTA INNERGY QUEST BIO CONCEPT SDN BHD
(805674-M)
|