KONSULTASI
AURA
Sesi konsultasi aura merupakan sesi peribadi. Segala kupasan
maklumat peribadi pelanggan adalah perkara yang
diklasifikasikan sebagai SULIT. Ini merupakan perkara yang
harus diketahui dan difahami oleh pelanggan sebelum memasuki
bilik konsultasi. Walaubagaimanapun, pelanggan BERHAK untuk
membawa teman jika temannya itu merupakan seseorang yang rapat
dengannya ataupun seseorang yang
dipercayai.
Sesi konsultasi ataupun diagnosis secara keseluruahnnya
merupakan sesi untuk mengukur tahap TENAGA
yang terdapat pada manusia.
Imbasan
akan mengambil masa sekitar anggaran kurang dari 5 minit
sahaja dan keputusan warna aura akan terpapar di skrin
monitor komputer. Imbasan ini akan dilakukan dengan
menggunakan peralatan Aura
Bio-Sensor.
Secara ringkas, foto aura adalah diagnosis
mengenai aura yang dilakukan menggunakan kamera khas dan sensor
berteknologi tinggi bagi mengenal pasti tahap tenaga atau
gelombang elektromagnetik yang dimiliki seseorang.
Kamera menyumbang sekitar 20 %
maklumat:

Bio-sensor menyumbang sekitar 80 %
maklumat

Maklumat tersebut adalah seperti
:
-
Suhu badan
-
Getaran Gelombang Minda (EEG)
-
Getaran Gelombang pada Otot (EMG)
-
Getaran Nadi atau Jantung (ECG)
-
Sistem Neurotransmisi dalam Sistem Saraf
Sedikit Pengenalan
Sebelum memulakan
kupasan, pelanggan akan diterangkan dengan sedikit fakta
secara umum berkenaan aura dan sistem bio-energi manusia.
Ini untuk memudahkan pelanggan untuk memahami kupasan yang
akan diterangkan selanjutnya. Perkara pertama yang
akan dikupaskan adalah berkenaan aura personaliti pelanggan.
Terdapat beberapa perkara yang akan diperiksa seperti warna
aura, saiz aura dan masalah kebocoran aura.
1)
Warna
Aura
Warna aura yang terang
dan bersinar menunjukkan keadaan yang bagus, manakala warna
yang suram dan keruh menunjukkan terdapat permasalahan dan
radiasi. Aura personaliti pelanggan juga telah dapat ditentukan
sama ianya tergolong dalam warna sejuk atau panas. Penerangan
tentang aura personaliti pelanggan telah memasuki fasa
pertama.
Aura merupakan lapisan gelombang
elektromagnet yang berada disekitar tubuh fizik yang
mengalirkan tenaga. Sebahagian yang terbentuk pada manusia
adalah dari radiasi EM(electromagnetic), gelombang mikro,cahaya
infra merah (IR) hingga ke cahaya ultra ungu (UV). Setiap
frekuensi merujuk kepada warna dan gelombang yang
berbeza.Setiap manusia mempunyai warna dan ketebalan aura yang
berbeza dan ia berkait rapat dengan cara hidup dan aktiviti
yang dilakukan.

2) Saiz
Aura
Saiz memainkan peranan penting. Saiz 50% ke atas
menunjukkan saiz yang bagus dan 50% ke bawah menunjukkan
terdapat permasalahan. Pelanggan akan diterangkan berkenaan
FUNGSI AURA sebagai sebahagaian dari mekanisma pertahan
atau perisai halus pada tubuh.

3)
Pusat Tenaga (Chakra)
Seterusnya
kupasan berkenaan pusat tenaga akan dilakukan. Pelanggan
sekali lagi akan diterangkan secara umum tentang segala
fungsi chakra dan kaitannya aura, sistem kelenjar
(kelenjar menghasilkan hormon dan hormon memberi kesan ke
atas fizikal serta psikologi manusia) dan juga sistem
bio-energi manusia. Antara perkara yang diberi perhatian
adalah seperti tahap peratus tenaga pada chakra, saiz dan
bentuk chakra, warna chakra serta peratus keseluruhan
tahap aura dan chakra.
Tahap Peratus Pada
Chakra

Pelanggan akan dapat
mengetahui secara jelas tentang tahap peratusan tenaga yang
terdapat pada chakranya. Diagnosis hanya akan memberi penumpuan
pada peratus tenaga yang rendah.
Kebocoran Dinding Lapisan Aura
Kebocoran aura boleh
berlaku disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan luaran.
Contoh punca kobocoran aura dari faktor dalaman adalah
disebabkan dari gelombang perasaan / pemikiran negatif
seseorang itu sendiri. Dengan bahasa mudahnya ’seseorang itu
dengan sendirinya ”membuka laluan” untuk energi negatif masuk
ke dalam lingkaran medan tenaganya (aura)’.
Ini
kerana aura juga memainkan peranan sebagai magnet selain
dari perisai halus. Contoh kebocoran aura dari faktor
luaran pula adalah disebabkan oleh pendedahan terlalu
lama dengan peralatan yang menghasilkan Electro
Magnetic Field yang tinggi. Sebagai contohnya
komputer, telefon bimbit, pencawang penjana elektrik
dll.
Daripada Teknologi ini, kecenderungan warna
personality juga dapat dikenalpasti sama ada ianya merah,
jingga, kuning, hijau, biru, indigo atau violet serta beberapa
perkara lain juga turut dapat dikenalpasti seperti
kecenderungan, kehebatan, kelebihan dan
kekurangan.Kecenderungan inilah yang membezakan antara sikap,
perwatakan, cara berfikir dan permasalahan.
Di Malaysia, kaedah diagnosis dan ilmu aura
ini masih baru tetapi kian bercambah pesat. Tidak seperti
negara-negara maju di barat, penggunaan foto aura ini bukan
sahaja digunakan oleh pengamal perubatan alternatif, ia juga
diterima pakai sebagai salah satu alat diagnosis penting di
hospital moden, pusat sains sukan, jabatan sumber manusia,
jabatan psikologi manusia & lain-lain..
Sebagai contoh, beberapa hospital swasta di
barat menggunakan kaedah diagnosis aura sebagai pemeriksaan
awal sebelum diagnosis fizikal dijalankan. Ini kerana sebarang
bentuk ketidakseimbangan tenaga pada fizikal, minda dan emosi
perlu diukur bagi menentukan kesesuaian rawatan susulan yang
diperlukan oleh pesakit.
©HAKCIPTA INNERGY QUEST BIO CONCEPT SDN
BHD (805674-M)
|