7Chakra.com
S7 Secret Solution

E Shop

7chakra.com S7

 

MALAYSIAN INSTITUTE for REIKI (MIR Academy)

Malaysian Institute for Reiki merupakan sebuah akademi latihan dan pembelajaran REIKI mengikut skima antarabangsa dan mengekalkan cara tradisional. MIR dibawah pengurusan IQBC dan telah didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. MIR Academy

MIR menawarkan kursus serta kelas-kelas reiki sepanjang tahun di mana para pelajarnya terdiri dari semua peringkat dan golongan masyarakat, agama dan bangsa. Jumlah bilangan pelajar yang mengikuti kursus REIKI di sini semakin bertambah dari sehari ke sehari. Ini menunjukkan satu perkembangan yang positif bagi rawatan alternatif dalam bidang perubatan di Malaysia.

MIR menawarkan latihan serta pembelajaran yang berkesan, dalam keadaan selesa dan mengikut garis panduan skima antarabangsa. Disamping itu, nota-nota juga dibekalkan dalam bahasa Malaysia dan Inggeris demi memudahkan pemahaman pelajar ketika kursus dijalankan.

Dalam mempastikan kualiti pembelajaran dan pemahaman pelajar, MIR menganjurkan sesi perjumpaan untuk berkongsi pendapat dan pandangan serta menjawab setiap persoalan dan permasalahan yang timbul. Perjumpaan ini diadakan setiap minggu pertama dalam setiap bulan. Ia terbuka kepada semua pelajar-pelajar yang telah mengikuti kursus serta kepada sesiapa sahaja yang ingin mengenali REIKI dengan lebih dekat.

 

 

©HAKCIPTA INNERGY QUEST BIO CONCEPT SDN BHD (805674-M)