7Chakra.com
S7 Secret Solution

E Shop

7chakra.com S7

 

PROFIL  SYARIKAT

Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd (IQBC) adalah syarikat bumiputera yang pertama di Malaysia yang memperkenalkan Diagnosis Aura & Chakra dengan mengunakan mesin Aura Photo dan rawatan alternatif mengunakan keadah Reiki. IQBC mula beroperasi pada 1hb Februari 2004 dibawah bimbingan Dr Mir Hazil Azran Ramli. Pada 31hb Mei 2004, IQBC mula menyediakan Kursus-kursus Reiki, Kuasa minda, numerology dan lain-lain lagi secara interpersonal. Setelah mendapat sambutan dari masyarakat, IQBC telah mendaftar secara rasmi pada 5 Mei 2005 bagi memperkenalkan Reiki secara meluas di Malaysia.

profile

Bermulanya kehebatan dan kemashuran IQBC pada tahun 2008 telah menuju ke satu perubahan yang lebih besar apabila telah berdaftar sebagai salah sebuah Syarikat Sendirian Berhad dan merupakan salah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera beroperasi di 24B & 24C Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

InnerGy Quest Bio Concept Sdn.Bhd. dibawah pengurusan Puan Shuhaila Kamis sebagai Pengarah Urusan dan dibantu oleh Dr. Mir Hazil Azran Ramli dan Tuan Hj. Azman Md Nor sebagai penasihat syarikat. InnerGy Quest Bio Concept Sdn.Bhd. juga berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

IQBC juga terkenal dengan Pusat Latihan dan Rawatan Alternatif yang memberi tumpuan kepada kursus-kursus REIKI, Kuasa Aura, Kuasa-I Minda, Numerologi, Nur Reiki Salam, Motivasi. Khidmat kaunseling, konsultasi, terapi spiritual/rohaniah, Selaras dengan perkembangan sains dan teknologi, InnerGy Quest Bio Concept menggunakan Kamera Aura Bio Sensor untuk tujuan diagnosis Aura dan Diagnosis Digital Meridian System. Khidmat ‘Feng Shui’, Kristal dan lain-lain perkhidmatan yang menjurus kepada keharmonian dan kestabilan Jasmani & Rohani.

Sejak penubuhannya, Innergy Quest Bio Concept menerima maklumbalas yang amat baik dari pelbagai lapisan masyarakat. IQBC sering dipanggil ke organisasi besar untuk tujuan perkongsian ilmiah samada untuk tujuan perlatihan mahupun mendapatkan rawatan. Selain itu ia juga mendapat liputan media cetak mahupun elektronik.

 

©HAKCIPTA INNERGY QUEST BIO CONCEPT SDN BHD (805674-M)