Resq56
RESQ56 adalah satu varian dari cabang ilmu yang
didikenali sebagai "Energy Psychology". Sistem RESQ56
dilengkapi dengan penerapan nilai kerohanian dan emosi
atau dikenali sebagai ESQ yang merupakan kunci mutlak
penyembuhan. Ia adalah suatu kaedah baru dalam melakukan
EFT. Secara neuro-sains, gerak-kerja NIAT, REDHA &
TAPPING ini meransang aktiviti neurotransmitter pada otak
untuk menyelaraskan aktiviti seluruh badan. Manakala angka
5 dan 6 itu pula merujuk kepada Lima Prinsip Kemakmuran
dan Enam Langkah Kecemerlangan
Program RESQ56 merupakan metodologi baru dalam bidang
"Psikologi Energi" yang tercetus dengan menggarapkan beberapa
cabang ilmu seperti REIKI, NLP, ESQ, EFT dll. Ia adalah suatu
‘tools’ yang amat mudah, praktikal & efisyen untuk sesiapa
sahaja, bagi menyembuhkan sistem energi tubuh &
memperkasakannya. Hasilnya, seseorang dapat meningkatkan
kualiti AURA untuk menjadi MAGNET kepada segala kebaikan
untuknya.
RESQ56 adalah satu-satunya program yang menggabungkan 12
JENIS ILMU PERSONAL GROWTH di dalam satu program. Ilmu-ilmu
tersebut adalah seperti:
-
Energy Psychology - sejarahnya menjangkaui 5000
tahun. Diperkatakan didalam kaedah ENERGY HEALING
dalam perubatan kuno di timur dan Egypt. Pada
1980-an dibangunkan dengan PESAT oleh ahli filosofi
& perubatan moden, antaranya: Dr. George
Goodheart melalui kaedah Applied Kinesiology /
Muscle Test, Dr. John Diamond - penulis falsafah
Sistem Energi Tubuh & gangguan Psikologi
(Energy Psychology) dan Dr. Roger Callahan melalui
kaedah TFT (Tought Field Therapy).
-
Accupunture & Accupressure- rawatan purba
sekitar 5500 tahun lalu di China. Kaedah yang
memetakan TITIK TENAGA di sepanjang tubuh manusia.
-
Touch For Health - oleh Dr. John F. Thie,
kesinambungan usaha oleh Dr George Goodheart
melalui kaedah AK. TFH merupakan system dignosis
dan terapi system otot yang padanya terdapat
saluran/aliran energi.
-
Ilmu REIKI - seni terapi alami yang bersifat ZEN
(suci) dan kelembutan. Membicarakan konsep CHI
(energi) secara meluas beserta teori-teori purba
dalam ilmu rawatan China & India / yoga &
I-Ching iaitu CHAKRA, KUNDALINI, NADIS/MERIDIAN dan
AURA.\
-
Sistem Bio-Energi Manusia - gabungan filosofi
ilmiah & sains terhadap system aliran tenga
listrik dalam tubuh manusia. Dari system
neurotransmitter, sinaps, electron, proton, neuron,
DNA, RNA, kelenjar tubuh, hormone, saraf hinggalah
kepada system elektromagnetik tubuh. Ia juga umpama
jambatan yang menghubungkan teori energi purba
(memperjelaskan ilmu chakra hingga aura) dengan
sains fizik moden.
-
Kaedah NLP : reframing, anchoring dan breaking the
pattern
-
Kaedah Self Hypnotherapy - sugesti diri atau
afirmasi
-
Kaedah KUASA MINDA - teori sains neuro (transmisi
minda) yang memicarkan tentang kuadran minda sedar
& separa sedar, gelombang minda (beta, alfa,
thelta dan delta), bahasa minda, kaedah PERNAFASAN,
VISUALISASI dan MEDITASI.
-
Kaedah Psychology - Behavioral Therapy
-
Kaedah EFT (Emotional Freedom Technique) -
diformulasikan oleh Gary Craig pada awal 1991.
-
Kaedah SUFI HEALING - rawatan kerohanian Dan
kejiwaan
-
Kaedah Numerologi & astrologi - pendekatan
numberik (angka) 5&6 sebagai Perkara dan
langkah RESQ. Simbol atau angka merupakan BAHASA
MINDA.
Sistem RESQ56 ini diasaskan oleh Dr. Mir
Hazil Azran Ramli, seorang Konsultan dan Pengamal di Pusat
Rawatan Reiki, InnerGy Quest Bio Concept Sdn. Bhd. Beliau
berpengalaman luas dalam menawarkan pelbagai terapi alternatif,
khidmat kaunseling, terapi rohaniah, kursus Reiki, kursus Kuasa
Minda, Numerology, Motivasi, khidmat diagnosis Bio-Energi
melalui Kamera Aura-chakra, Khidmat ‘Feng Shui’, Kristal dan
lain-lain perkhidmatan yang menjurus kepada keharmonian jasmani
dan rohani.Beliau juga merupakan Pengamal Alternatif pertama di
Malaysia yang menawarkan khidmat diagnosis kesihatan aura
melalui Kamera ‘Aura Video Station’ (AVS). Sehingga kini, sudah
ramai individu dan organisasi yang mendapat manfaat daripada
ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh beliau.
|