7Chakra.com
S7 Secret Solution

E Shop

7chakra.com S7

 

S7 Alfalfa

Minuman semulajadi yang kaya dengan mineral surih, vitamin, protein. Asid amino dan enzim yang dapat membantu membersihkan darah, menggalakkan pengaliran darah, menyembuhkan luka, menghilangkan bau mulut & badan, mengurangkan tahap kolestrol, mengimbangi pH badan dan memperbaiki tekstur kulit. Secara keseluruhannya, ia adalah minuman yang menyihatkan dan menguatkan ketahanan badan. Dipertingkatkan khasiatnya melalui proses suntikan TENAGA Infra Merah & Ultra Violet untuk kestabilan sistem Bio-Energi Manusia.

ALFALFA (Medicago Sativa) mendapat namanya dari bangsa Arab di Persia yang membawa maksud “Bapa kepada Segala Makanan”. Keunikan utama adalah pada kekuatan akarnya yang mampu meneroka jauh ke dalam tanah sehingga 40 kaki dalam; menghasilkan kadar penyerapan nutrient, vitamin dan mineral lebih tinggi berbanding dengan tumbuhan seumpamanya yang lain. Memiliki semangat hidup yang kuat dan mampu menahan kekeringan hujan yang amat terhad.

Antara kehebatan khasiat Alfalfa adalah:

  1. Ia mengandungi KLOROFIL - jalur mikro-kristal pigmen hijau pada tumbuhan yang menggunakan ENERGI dari sistem suria seterusnya secara kimikal menukarkan molekul air (H2O) di dalam tumbuhan dengan memecahkan molekul hidrogen dan oksigen. Molekul hidrogen seterusnya akan bergabung dengan karbon dioksida untuk membentuk Glukos (makanan) semasa proses fotosentisis, lalu proses ini membebaskan molekul Oksigen dengan hebatnya.
  2. Vitamin A, B-12, C, D dan K. Salah satu sumber asli untuk Vitamin K yang amat perlu bagi sistem hati manusia bagi menghasilkan prothrombin yang mengekalkan tahap kepekatan darah.
  3. Daunnya mengandungi 2 - 3% Saponin Tumbuhan yang khasiatnya adalah mengawal penyerapan kolestrol serta mencegah arteriosclerosis.
  4. Asid Folik
  5. Protein - 1.5 kali lebih tinggi dari jagung dan gandum
  6. Serat 7. 8 jenis amino asid yang diperlukan oleh badan
  7. Mineral - kalsium, magnesium, potassium, besi, fosofrus, selenium, silicon, zink, sodium dan lain-lain. Malah kandungan kalsiumnya adalah 14 kali lebih tinggi dari biji gandum dan 144 kali lebih dari hati.
  8. Flavonoids - berfungsi sebagai anti-oksidan, dan menghalang penghimpunan kolestrol di saluran arteri, mencegah pembekuan darah dan mengurangkan kadar berlakunya sakit jantung.
  9. Asid Phenolik - berfungsi sebagai anti-oksidan; mencegah pembekuan darah agar boleh mengalir dengan baik, dan menurunkan kadar berlakunya koronari hati.
  10. Carotenoids - amat baik untuk mata, mencegah gangguan saraf mata.
  11. Bertindak sebagai antiseptic yang menghalang bacteria untuk hidup atau berkembang. Kandungan oksigen yang tinggi akan menyebabkan sel bakteria menjadi lemah. Kesannya ia mengurangkan bau badan, meningkatkan kadar penyembuhan luka dan meransang pembinaan tisu-tisu badan.
  12. Bertindak sebagai astringen yang dapat mengecutkan dan menghentikan darah keluar. Alfalfa sering digunakan untuk merawat masalah jangkitan pada mulut, tonsil dan kerongkong.

 

Kesimpulannya, ALFALFA berfungsi sebagai anti-biotik, antibakteria, antiseptic, diuretic, pembersih darah, ejen penyahtoksidan yang semulajadi. Ia merupakan makanan tambahan kesihatan yang TERBAIK diperolehi dari sumber alam semulajadi. Ia amat mudah dan murah untuk diamalkan pada diet harian, malah menjadi penawar semulajadi pada sistem tubuh.

 

Langkah Penggunaan

1. Inflamasi pada bibir, mulut - ulser mulut Cara : Kumur dengan 7Chakra Alfalfa beberapa kali. Basahkan bahagian yang sakit / luka / ulser.

2. Inflamasi pada tisu permukaan perut & angina Cara : Minum 100 c.c. 7Chakra Alfalfa 3 X sehari selama 3 hari. Elakkan mengambil makanan beku, minuman sejuk, daging.

3. Muntah-muntah Cara : Minum 100 c.c 7Chakra Alfalfa 3 X sehari hingga hilang rasa loya / muntah.

4. Keracunan makanan Cara : ambil 150 c.c 7Chakra Alfalfa setiap 2 jam sehingga lega / sembuh. Makan hanya bubur kosong & banyakkan minum air kosong.

5. Masalah Cacing Cara: 100 c.c 7Chakra Alfalfa setiap 2 jam. Makan bubur kosong & banyakkan air kosong untuk 1 - 3 hari.

6. Indigestion - Masalah menghadamkan makanan Cara : ambil 50 c.c 7Chakra Alfalfa setiap kali selepas makan.

 

PENTING!! :

Semasa tempoh perawatan melaui 7Chakra Alfalfa, elakkan atau kurangkan mengambil lemak daging, kopi, teh, perisa makanan, makanan bergoreng atau panggang, makanan dalam tin dan kurangkan makanan yang tinggi gula. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan


 

Untuk membeli sila ke Kedai Online kami di http://7chakra.com/shop.

 

©HAKCIPTA INNERGY QUEST BIO CONCEPT SDN BHD (805674-M)