resqhu

Salam…

Langkah Pertama: 5 PRINSIP KEMAKMURAN!!

Ya Allah
Untuk Hari ini.. DemiMu;
Ku PADAMKAN AMARAH
Ku PADAMKAN GUNDAH
Ku TERUS BERSYUKUR
Ku TERUS JUJUR
Ku TERUS BERAMAL BAIK (SOLEH)

Aku REDHA.. aku IKHLAS dan aku PASRAH kepadaMU.

Tanpa sedar, prinsip ini perlahan-lahan meresap ke JIWA mereka yang istiqamah mengalunkannya saban hari lewat waktu senang dan susahnya. Tanpa jemu afirmasi ini telah MENTRANSFORMASIKAN paradigma ke tahap KETULENAN dan KEUTUHAN unsur SPIRITUALITI seseorang. Kuasa PASRAH yang terbentuk & membentuk itu beransur MEMBENTUK SEBUAH KESATUAN (UNIONSHIP) antara NAFSU (minda kreatif) & JIWA (soul).. TITIK TEMU itu mensterilkan segala DAKI KOTORAN bersifat MAZMUMAH yang terbeku & membeku pada JIWA-JIWA YANG LALAI. Titik temu itu MEN’ZERO’ kan minda dari segala kekalutan & kebiasaan yang tiada keuntungan.

Saya menilai dalam rasa PASRAH bahawa ramai peserta KAMK yang NAMPAK (terang lagi bersuluh) akan KEHEBATAN RESQ56 & RESQHU ini. Bukan kerana yakinkan bicara saya semata.. atau kerana bicara mereka yang lain (peserta / alumni KAMK yang lain).. atau dari TESTIMONIAL KAMK / RESQ sendiri.. TETAPI keyakinan itu hadir dengan sendirinya disaat terbuka minda & jiwanya yang SETUJU lalu ‘anggukan universal’ diberikan tanpa ada paksaan (tindakan spontan kepala yang mengangguk setuju terhadap sesuatu). Mereka SETUJU akan hakikat ini… SETUJU kerana ia adalah JERITAN JIWA YANG MENCARI.. kerana ia adalah SUARA UNIVERSAL MINDA yang resah… kerana ia PROTES jasmani yang larut panjang memberontak MAHUKAN ‘PENAWAR ALAMI’ untuk merawat diri.

NAMUN.. saya REDHA untuk melihat, walau kecerdasan itu TINGGINYA lewat penilainya yang dulu, MEREKA-MEREKA INI MASIH MALAS MEMPRAKTIKKANNYA!!!

MALAS UNTUK BERUBAH!! MALAS UNTUK MENGAPLIKASIKAN ‘TOOLS’ YANG SEDIA ADA.. yang mereka sendiri TAHU & SETUJU KEBERKESANANNYA jika mereka istiqamah dan terus pasrah melakukannya. MALAS UNTUK MULA… MALAS UNTUK TERUS SETIA MENGAMAL.. MALAS UNTUK MENGISIKAN MASA UNTUKNYA..

Ini kerana MALAS ITU FITRAH manusia yang KAYA. Bila DAH KAYA.. manusia MUDAH LALAI & LUPA.. Bila dah senang… MUDAH MEMBERI ALASAN untuk ‘makan ubat’. Bila dah ‘rasa selamat’.. MUDAH UNTUK BANYAK REHAT.. REHAT… REHAT…!!!

Begitulah manusia… BILA SUSAH, RESAH, KECEWA.. berkobar mencari penawar itu & ini… BILA DAH DAPAT BANYAK PENAWAR dan mula sembuh… sifat MALAS ‘makan ubat’ mula KEMBALI. Bukankah ’susah @ sakit’ itu SIGNAL untuk mengajar manusia agar MENSYUKURI KEKAYAAN KESIHATAN yang telah dianugerahkan???!! Lalu, bukan hanya SAKIT yang menjadi isu… DIFINASI & SIKAP TERHADAP SIHAT @ SENANG juga adalah ISU utamanya. Bila dah jumpa PENAWAR.. maknanya TUHAN nak suruh manusia SENTIASA AKRAB DENGAN PENAWAR… bukan tunggu sakit sekali lagi baru nak cari penawar.

Tambah buruk adalah sikap TAMAK yang disertakan dengan MALAS tadi.. sudahlah malas… TAMAK pula.. PENAWAR dah HEBAT.. MALAH belum habis dicoba / diuji kehebatannya.. DAH SIBUK NAK CARI PENAWAR LAIN.. dok bertanya TIPS ITU INI.. dok tanya APA LAGI ‘tools’ yang LEBIH POWER @ LEBIH SEMPOY.. @ LEBIH ‘UMMPPHH’ @ LEBIH MUDAH NAK BUAT DLL.. Begitulah manusia yang tak pernah nak SYUKUR dengan anugerah KEKAYAAN… Sikap nak BELAJAR ITU BAGUS.. namun, janganlah ia dijadikan alasan dek semata-mata mahukan (TAMAK) sesuatu yang lebih mudah / senang / sempoi, power dll KERANA MALAS nak buat yang sedia ada.

ALLAH beri tugasan SYAHADAH, SOLAT, PUASA, ZAKAT & HAJI kerana IA SUDAH SEMPURNA & LENGKAP. Insan hanya perlu istiqamah, pasrah, redha, ikhlas dan yaqin akan ‘TOOLS’ ini sebagai PENAWAR ALAMI. namun, DIA juga MAHA PEMURAH.. masih mengizinkan kita menyelami makna-makna tersirat dibaliknya disertakan dengan varian ilmu lain (macam RESQ / REIKI DLL) dari pelbagai sumber untuk dihubungkaitkan olahan & fahaman terhadap yang tersirat & tersurat di sebalik 5 arahan asal itu.

PUN GITU.. manusia TAMAK & MALAS.. lalu, ada saja akalnya nak berdalih untuk menoleh melikat kebenaran yang terbentang…

Jika anda baca catatan ini hingga baris ini.. (anggukkan kepala Smile !!) anda telahpun istiqamah menelaah fakta. Mungkin anda setuju akan isinya.. mungkin juga tidak.. mungkin anda dikalangan yang terus MAHU MENCARI & mahu terus cuba aplikasikan ilmu KAMK & RESQ dalam dairi hidup anda… mungkin juga tidak (kerana sekadar seronok baca testimonial orang, sedangkan DIRI MASIH TAK YAKIN-YAKIN nak terus praktikkan ilmu ini). Mungkin juga, anda pengunjung baru.. mungkin juga anda ‘intai-intai’ nak tahu..! APAPUN STATUS ANDA.. WADAH saya universal sifatnya. NYATA perihal ’sikap mental @ jiwa’ manusia. Anda tak perlu setuju semata-mata anda mahu saya tahu anda suka pendapat ini.. anda juga tak perlu bertahu anda tak setuju.. kerana APA JUGA YANG ANDA FIKIR.., ANDA BETUL!! itulah hukum ALAM!! Maka, soalnya adalah.. anda masih mahu melalui ‘detik’ ini hingga ke titik catatan saya dibaris ini.

“SAAT @ DETIK ini adalah ANUGERAH… ia HADIAH & KEKAYAAN!! semalam adalah SEJARAH… dan ESOOKK adalah MISSSTEEEERRIIIIII…”

Lalu, dari saat ini…

GERAKKAN HATI.. HATI GERAKKAN…

GAGAL MERANCANG.. MERANCANG KEGAGALAN!!

Buat semua alumni: Saya ambil kesempatan ini untuk MERAYU (bukan rayu undi).. untuk terus makmurkan ILMU KAMK & RESQ anda!! JANGAN MALAS & TAMAK… jangan juga PUTUS ASA.. jangan juga RAGU-RAGU.. tugas kita adalah untuk terus praktis PENAWAR ini. Saya yakin, pelaburan anda & saya untuk praktis; TIDAK AKAN SIA-SIA. Saya yakin, ILHAM DAN PERTUNJUK untuk mencetuskannya juga tidak akan jadi sia-sia.. saya juga yakin.. bahawa AKAN ADA SAAT & ORANG yang AMAT MEMERLUKANNYA.

Salam 5 PRINSIP KEMAKMURAN & 6 LANGKAH KEJAYAAN!!

Resq HU… RESCUE u & RESCUE ME!!

Mir Hazil Azran Ramli

Assalamualaikum…

HARI INI, TERCATAT DI DALAM LEMBARAN SEJARAH REIKI DI MALAYSIA ; PERTAMA KALINYA SEBUAH PROGRAM PENDEDAHAN & PEMBELAJARAN REIKI UNTUK KANAK-KANAK DIPERKENALKAN. PROGRAM REIKI-i-KIDS MULA MENGORAKKAN LANGKAHNYA…

reiki i kids

Antara Kandungan PROGRAM REIKI-i-KIDS ini adalah:
ISI KANDUNGAN

Kenali Diri
Gambar Aura Saya
Warna Aura dan Personaliti
Tujuan Belajar Reiki
Maksud Reiki
Sejarah Reiki
Prinsip Reiki
Cahaya Alam
Tenaga Warna
Sistem Chakra
Aura
Manusia adalah Magnet
Sifat Negatif dan Positif
Tubuh Kita
Merasai Tenaga (Chakra dan Aura)
Membuka Chakra di Tapak Tangan
Latihan : Bermain Bola Tenaga
Merasa dan Mencuci Aura
Teknik Mengaktifkan Tenaga
Senaman
Meditasi
Reiki Attunement
Teknik Self Healing
Latihan

Kanak-kanak adalah CAHAYA yang menerangi alam
Mereka anak-anak dunia…

“Kami adalah sehelai kain putih.
Corakkanlah kami dengan warna-warna yang; indah budi pekerti, mulia peribadi, bijak berdikari, tinggi rohani dan ikhlas hati nurani.”

Semoga usaha untuk memartabatkan ILMU REIKI semakin makmur dan tercorak dalam pelbagai varian WARNA.. Anak-anak adalah GENERASI HARAPAN… Semoga OBOR REIKI terus menyala di setiap ceruk alam untuk SATU HARAPAN & IMPIAN iaitu : KEDAMAIAN & KEMAKMURAN.

 

Mir Hazil Azran Ramli

Salam Aura Kemerdekaan…

Merdekakah kita? Tetiba sahaja timbul soalan ini ke benak. Entah dari mana datangnya.. saya bukanlah seorang yang patriotik, namun fitrah jiwa MERDEKA senantiasa menjadi pentas pemikiran dan alam rasa saya. Sedari dulu, tidak dapat saya nafikan; gerak tindak saya dalam apa juga wadah adalah berteraskan prinsip mahu memerdekakan diri. Merdeka dari dijajah, merdeka dari diterjah - merdeka dari belenggu kehidupan yang tidak bebas menentukan arah tuju jiwa & raga. Itulah saya… samada di kala penuh kecerdasannya atau di kala longlai terkapai kealpaan.

Puas saya fikirkan. Saya rasa persoalan ‘merdekakah kita’ ini muncul ke benak tatkala merenung sejenak keadaan sekeliling menjelang HARI KEMERDEKAAN ke 51, pada 31hb Ogos 2008 ni. Sedar tak sedar, kita telahpun berada di akhir Ogos.. dan BULAN KEMERDEKAAN ini hampir berada di puncaknya. Keasyikkan menghayati Syaaban dan debaran menanti Ramadhan telah membuatkan saya sedikit alpa dengan ERTI bulan Ogos untuk kita sebagai WARGA MALAYSIA. Apapun alasan saya… ia dari saya atau silap saya.

Namun, apa yang saya mahu perkatakan adalah SUASANA sekeliling yang DINGIN untuk menyambut MERDEKA tahun ini. Kalau tahun-tahun yang sudah (terutamanya masa kecik-kecik dulu), sambut merdeka umpama nak sambut hari raya juga. Meriahnya terasa.. semaraknya lagi hebat tatkala melihat JALUR GEMILANG memenuhi tiap laman rumah, kedai-kedai, di sekolah-sekolah, bangunan swasta & pejabat kerajaan, di jalan-jalan raya, di masjid, di surau, di gereja, di kuil, di setiap penjuru kampong hinggalah ke kota. Semua orang BANGGA dan tanpa perlu di suruh-suruh… memestakan jiwa dengan memperagakan Jalur Gemilang kebanggaan semua. Semangat itu hangat terasa dari yang tua hingga ke yang muda-muda. Semangat ‘Kenegaraan’ itu mekar berkembang… sendiri, mandiri dan kendiri.

affiq

(Foto Anakanda Muhammad Affiq; kenangan semasa HARI KEMERDEKAAN 2007).

Tapi, itu dulu… apa dah jadi kini?? Adakah semua orang ALPA seperti saya juga? Atau apakah semua orang semakin luntur ‘RASA MERDEKA’ itu?? Atau apakah semua warga kini sudah lalai hingga dijajah jiwa merdekanya?? Atau mungkin saya saja yang silap… tak cukup melihat sekeliling, tak cukup kayu pengukur untuk mengukur atau silap dalam penilaiannya. Mungkin juga, ‘rasa’ yang saya rasa bukanlah cerita yang penting kini… ‘rasa’ ini adalah sekadar virus yang tiada bahayanya (benarkah??!). Kemana perginya ‘rasa’ yang betul untuk semua warga Malaysia rasa… atau memang apa yang semua rasa ini adalah ‘rasa’ yang dah betul untuk dirasa. Entahlah…

MERDEKAKAH KITA??

Mungkin luluh jiwa-jiwa merdeka yang tidak lagi merdeka melihat kemerdekaan setiap warga inilah yang mencetuskan belbagai suara menjelang hari kemerdekaan negara. Ada yang menyumbang.. ada yang sumbang… dan walau apa juga bunyi bicaranya; ia bicara merdeka untuk memerdekakan jiwa. Mungkin banyak yang telah diterjah dan dijajah semula… tanpa sedar, tanpa duga atau tanpa rela. Namun bicara-bicara ini semua pastinya kerana MASIH ADA RASA terhadap ‘rasa merdeka’ yang dulu marak kini suram itu.. lalu PASTINYA ia tidak berlalu begitu saja ANDAI ADA YANG BENAR-BENAR MENDENGAR & PEKA. Jika suara ini hadirnya dari masyarakat kalangan… maka yang harus mendengar tentulah MEREKA SI PEMBIMBING. Jika SUARA ITU MENYUARAKAN ‘Jalur Gemilang YANG TERBALIK’ … maksud lakunya harus di’peka’i oleh mereka yang mendengar agar ikhtiar jiwa yang merdeka tapi kecewa itu tidak sia-sia. Hem… saya cuba memahami.. FAHAM..tapi terbatas tindakannya.

Merdekakah kita??

Semalam yang panjang… hari ini yang ‘larut’… saya merayau mencari ‘rasa’ yang sama andai ada yang berkongsi di pentas maya ini… banyak bicara, nada dan sumbang-sumbing ‘rasa’ yang di titipkan untuk ditatap. Namun hati saya terguris tatkala menatap titipan bicara insan HEBAT akan keluhnya tentang Jiwa Merdeka… penuh pedih, penuh makna.. untuk direnung dan ditenung. Miskipun saya bukanlah patriot.. tapi saya juga insan yang alir nafasnya ‘Malaysia Merdeka’. Jika insan hebat ini juga resah bicaranya… apatah lagi bicara saya dan anda. Antara petikan Kalam beliau… :

“Biasanya apabila tiba bulan Ogos semangat dan kegembiraan rakyat dipertunjukkan dengan pelbagai cara. Jalur Gemilang berkibar di merata-rata tempat. Mungkin saya silap, atau mungkin saya bias (berat sebelah), tetapi bulan Ogos ini rakyat agak muram, tidak gembira dan bersemangat luntur.

Mungkin ini kerana kenaikan harga minyak dan lain-lain. Tetapi ternampak ada sesuatu yang lain yang tidak kena yang menyebabkan rakyat tidak gembira untuk menyambut Hari Kemerdekaan.

Blogger Sheih Kickdefella telah syor kempen terbalikkan Jalur Gemilang sebagai cara memprotes ketamakan ahli dan pemimpin parti-parti politik tanpa mengira parti mana.

Cadangan seperti ini tidak pernah dibuat selama 50 tahun kita Merdeka.

Kata seorang daripada kenalan saya, sekarang hanya 10 hari sahaja sebelum hari Merdeka tetapi ianya melihat hanya sebuah kereta sahaja yang memasang Jalur Gemilang.

Kata seorang lagi, saya simpan sahaja Jalur Gemilang tahun ini.

Tidak ada sesuatu bangsa yang bermaruah yang tidak ingin bebas daripada belenggu penjajahan. Kita lihat di sana-sini peperangan untuk membebas wilayah sendiri sedang berlaku. Kita lihat penderitaan mereka, hidup tidak sempurna, berlari-lari dengan bungkusan harta yang sedikit ke sana-sini. Sekejap-sekejap letupan senjata membunuh dan mencederakan mereka. Inilah nasib orang yang dijajah yang ingin merdeka.

Pada tahun 1957 kita merdeka dan harapan kita ialah hidup yang lebih bahagia. Justeru kita rayakan hari keramat ini kerana merdeka difahami dan dihargai oleh semua pihak.

Saya percaya kita masih hargai kebebasan kita, kemerdekaan kita. Tetapi sesuatu telah berlaku yang menyebabkan kita tidak begitu gembira pada hari ulangtahun merdeka pada tahun ini. Kita kesal kerana kita tidak dapat buat apa-apa untuk mengembalikan kegembiraan bangsa yang merdeka.

Kita bersyukur kerana kita, samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain suku kaum tidak bersifat ganas, tidak suka pada huru-hara, tidak berminat merusuh. Tetapi pemimpin hendaklah faham kenapa rakyat berasa muram tahun ini. Jangan tipu diri dengan berkata tak benar rakyat tidak gembira. Lihat sahaja berapa ramai yang keluar melihat bunga api. Malangnya ini bukan ukurannya. Ini hanyalah cara untuk melupakan sekejap keperitan hidup rakyat kerana diperintah oleh orang yang tidak mahu faham tentang perasaan rakyat.

Saya akan sambut Hari Merdeka tetapi tidak seperti 50 sambutan yang terdahulu. Sesuatu sudah hilang daripada makna kemerdekaan. Mulut sudah ditutup dan apa yang ada dalam hati tinggal tertambat, tidak boleh diluahkan. Kita takut berkata apa-apa kerana polis akan digesa bertindak. Kadang-kadang saya berasa yang kita berada dalam sebuah Police State (Negara bawah kawalan polis). Tetapi ini mungkin sifat keterlaluan saya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51. Mudah-mudahan Allah s.w.t. akan membuka hati mereka supaya faham mesej-mesej yang disampaikan oleh rakyat.

Dr. Mahathir Mohamad
Putrajaya, Malaysia
Prime Minister of Malaysia
1981 - 2003
MERDEKAKAH KITA???

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk melangkah ke hari MULIA yang dijanjikan kerahmatan iaitu hari NISFU SYAABAN.

Sekali lagi, mengambil peluang & kesempatan dengan anugerah masa yang diberi, IQBC sempat mengadakan Majlis Retreat & Recharge istimewa sempena Nisfu Syaaban ini. Bertempat di centre IQBC di malam yang BULAN MENGAMBANG PENUH (nisfu : separuh : tengah bulan islam), dalam kumpulan yang sederhana besar kami bersenergi, berdoa, bertazkiroh, berkongsi rasa & wadah, retreat&recharge diri dan sebagainya bersama-sama. Yang utama adalah berkongsi untuk memperingatkan @ berpesan-pesan akan PELUANG untuk menghayati & menjiwai malam penuh kerahmatan ini. Berpesan untuk terus istiqamah memohon penerangan JIWA agar terus diterangi NUR keimanan, keislaman dan keihsanan sepanjang bergelar insan di perjalanan yang penuh suka-duka di alam dunia ini.

Nisfu Syaaban merupakan masa penukaran BUKU REKOD PERKEMBANGAN AMAL BAIK & BATIL diri setiap insan untuk sepanjang tahun yang telah berlalu. Syaaban dipilih untuk menjadi BULAN ISTIMEWA dan malam 15 Syaaban dipilih sebagai tarikh istimewa untuk buku amalan kita ini diganti. Allah memberi kesempatan kepada setiap hambaNya untuk menitip rekod amal kebaikkan di dalam buku rekod amalan ini di AWAL-AWAL lamannya SEMPENA bulan Syaaban ini. Selain ia adalah bulan rahmat, syaaban juga menjanjikan kehadiran RAMADHAN yang bakal menjelma beberapa hari lagi. Maka, tentunya insan mengejar melipat-gandakan amalan ibadahnya sepanjang Syaaban, Ramadhan & Syawal.

Semoga segala kerahmatan milik insan-insan yang mencari RAHSIA ALAM DIRInya.
Salam Nisfu Syaaban.

Mir Hazil Azran Ramli

malique ok

Masih belum sempurna..

Bismillahirrahmannirrahim..

“Gerakkan Hati… Hati gerakkan…

Pandanglah aku.. aku lah dia..”

kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual…
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

pecah tembelang… peta dah hilang…

bangau dah pulang… suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul

tujuh baris keramat tujuh garis penamat

baik berpada biar jahat asal selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak

awan mendung yang berarak

bawa tangis bawa resah

rebah rindu yang terkumpul

semua birat dan kalimah

semua janji yang terikat

lebur disisimu

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan

gagal merancang, merancang kegagalan

awan mendung yang berarak

bawa tangis bawa resah

rebah rindu yang terkumpul

semua birat dan kalimah

semua janji yang terikat

lebur disisimu

kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang

menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

awan mendung yang berarak

bawa tangis bawa resah

rebah rindu yang terkumpul

semua birat dan kalimah

semua janji yang terikat

lebur disisimu

puisi hati mu… hati mu puisi

palu hati ku palu hatiku

kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

akhirnya sempurna….

“awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu”

Salam Kemakmuran…
uitm

Sebuah Program yang bertajuk “The Magical of AURA Healing” akan dianjurkan oleh Sekumpulan Penuntut Jurusan Pengurusan Maklumat UiTM pada 26hb Ogos, 2008 dari jam 9pagi hingga 5petang bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTm Puncak Perdana, Shah Alam. Program ini diunjurkan demi memenuhi keperluan subjek IMA653 Fakulti tersebut yang mendedahkan pelajar mengenai KEPENTINGAN PEMASARAN & PROMOSI dalam PUSAT SUMBER. Ianya TERBUKA UNTUK SEMUA!!

Pertamanya; saya bangga dengan USAHA sebegini. Selain dapat memPROMOSIKAN ILMU AURA kepada umum, ia juga menunjukkan bahawa ILMU ini mula mendapat perhatian dan tempat dikelayak umum. Ramai yang MAHU TAHU akan Ilmu Terapi atau Penyembuhan AURA. Ramai yang nak MENGENAL SISTEM AURA. Tak kurang juga ramai yang nak MEMBONGKAR RAHSIA KEHEBATAN AURA DIRI.

Usaha pelajar-pelajar UiTM ini harus disokong. Bukan hanya untuk melengkapkan eksperimentasi mereka terhadap kemampuan diri mengendalikan sesebuah majlis demi melengkapkan ‘mata kredit’ yang diperlukan dalam sesi pembelajaran mereka; MALAH ianya juga untuk memberi PENDEDAHAN dan RANSANGAN kepada mereka terhadap BUDAYA KERJA BERPASUKAN, KERJA SOSIAL & KOMUNITI, KOMUNIKASI INTERPERSONAL & INTRAPERSONAL, kemampuan daya KECERDASAN INTELEKTUAL yang bergandingan dengan KECERDASAN EMOSI & SPIRITUAL pelajar-pelajar ini sendiri. Mereka harus didedahkan dengan CABARAN DUNIA LUAR sebagai persiapan untuk melangkah ke alam ini kelak. Penglibatan secara terus dengan masyarakat dari pelbagai lapisan & jurusan akan membantu mereka ‘tidak kekok’ mempergayakan diri di tengah arus perdana kelak. Usaha untuk MEMAKMURKAN KUTUB KHANAH sebagai PENTAS ILMU melalui PROMOSI yang berorientasikan ILMU ALAMI (seperti Aura) adalah suatu idea yang harus dipuji. Semoga usaha ini berjaya menarik lebih ramai penuntut untuk memakmurkan PERPUSTAKAAN sebagai PUSAT SUMBER ILMU juga semoga semakin ramai yang akan menerokai ILMU AURA sebagai pentas mengenal dirinya.

Kepekaan untuk MEMILIH APA & SIAPA juga merupakan aspek penting untuk BERJAYA. Kecerdasan dan kepekaan pelajar-pelajar ini untuk memilih TAJUK yang UNIK ini serta segala yang berkaitan dengannya menunjukkan suatu AURA KECERDASAN yang baik dikalangan mereka. Dunia KOMUNIKASI adalah DUNIA INTERAKSI GELOMBANG.. maka, dengan mendalami MEDIUM GELOMBANG MANUSIA @ AURA sebagai medium pemancar, penerima dan perakam GETARAN GELOMBANG yang menghasilkan KOMUNIKASI dalam berbagai bentuk dan platfom; akan menjadikan sesebuah KOMUNIKASI ITU SEMAKIN EFEKTIF & BERETIKA.

Manusia terhubung antara semasanya. Ia juga terhubung dengan ALAM. Ia juga adalah KHALIFAH yang mengepalai KEMAKMURAN ALAM (ATAU KEHANCURANNYA!!). Yang maha hebatnya lagi, manusia juga terhubung dengan YANG MAHA PENCIPTANYA. Salah satu cara terhubung ini adalah melalui medium KOMUNIKASI. Dan ALAM ini mempunyai PELBAGAI BAHASA sebagai wadah komunikasi. AURA manusia merupakan ANTENNA yang mengizinkan pelbagai bentuk komunikasi berlangsung sempurna.

TEROKAI BANYAK LAGI RAHSIA PERIHAL AURA!! Dapatkan BUKU AURA PENYEMBUHAN REIKI & AURA PERSONALITI WARNA (TERBARU & BAKAL TERBIT DI PASARAN pada SEPTEMBER 2008). BERSAMA SAYA dan PARA JURUTERAPI REIKI BIO-ENERGI MIR di Program Istimewa ini. Peluang untuk mendapatkan Buku-buku AURA saya secara EKSLUSIF dari saya sendiri serta mengikuti program-program yang direncanakan hasil usahasama Pelajar UiTM dengan pihak IQBC Sdn Bhd. Antaranya:

1. SESI CERAMAH AURA

2. DEMONTRASI TERAPI AURA & REIKI

3. TAYANGAN VIDEO SIRI AURA-RASA

4. SESI FOTO AURA (dengan DISKAUN 50%)

5. Forum bersama PENULIS BUKU APR & APW

6. Jualan buku, PRODUK AURA : 7CHAKRA, Busana 7Chakra, Kristal dll (dengan diskaun istimewa).

7. Cabutan BERTUAH

SEMOGA ILMU AURA & REIKI TERUS MAKMUR!!

Salam Aura Kedamaian

Mir Hazil Azran Ramli

COVER APW

Salam Kedamaian… Salamunnamaste.

Selawat & Salam buat Nabi Junjungan.

Buku APW sedang dicetak. Begitulah menurut maklumat yang disampaikan kepada saya dari pihak penerbit; PTS. Saya berbesar hati dan amat berterima kasih atas segala usaha untuk menerbitkannya. Rasa yang sama terhadap KEJAYAAN PENERBITAN buku AURA PENYEMBUHAN REIKI yang lalu. Tentunya AURA PERSONALITI WARNA ini menjanjikan sesuatu kemakmuran lagi dalam wadah menyampaikan ILMU AURA kepada masyarakat umum di Malaysia. PERTAMA seumpamanya!!

Saya bangga dan saya TERUS BERSYUKUR atas setiap anugerah KEKAYAAN yang diizinkanNya terhadap saya. Saya berterima kasih buat mereka yang sentiasa menyokong usaha kecil saya ini. TERUTAMA & TERISTIMEWA sokongan yang tiada belah bahagi dari ISTERI tersayang. Beliaulah inspirasi WARNA yang memberikan cahaya sokongan sepanjang proses menghasilkannya. Beliau juga editor dan kometator dalaman yang sentiasa memberi komen ikhlas & bernas untuk menjadikan hasil penulisan lebih luarbiasa.

Saya juga ambil peluang ini untuk berterima kasih buat Saudara Saiful Izzuan yang asalnya menggerakkan usaha penulisan buku APW atas usaha PTS. Syabas buat beliau… teruskan usaha dan saya yakin dengan bakat beliau.

Saya berterima kasih untuk ERIS LEONG yang menyokong buku ini. Sebuah nama besar dalam industri DEKORASI & HIASAN DALAMAN juga selebriti yang BESAR NAMANYA di Malaysia; yang turut sudi memberi KATA PENGANTAR buat buku ini. Tentunya kehadiran kata-kata beliau MEWARNAI LAGI buku APW ini.

Juga tak lupa bagi komentar yang lain dari kalangan teman-teman dan mereka-meraka yang terus menyokong ikhlas kerja saya ini. JAZAKALLAHU KHAIRAN KASIRRA. Segala kesejahteraan dan kedamaian limpah kurniaNya menjadi milik kalian.

Berikut adalah paparan Kata Pengantar & Pandangan mereka-mereka ini terhadap buku APW:

KATA ERIC
KATA JEHAN
KATA USTAZ
KATA HAFIZ
KATA SIM
KATA NYAH

Mir Hazil Azran Ramli
Penulis AURA PERSONALITI WARNA & AURA PENYEMBUHAN REIKI

Hari ini 080808!

Hari ini 888!
Hari yang dinantikan oleh ramai pecinta RAHSIA NOMBOR telah tiba. Malah detik 08h:08m:08s pagi tadi diraikan dengan pelbagai wadah. Ada yang tersorak riang.. ada yang menerung jauh dalam kesyukuran. Tak kurang juga TAWARAN-TAWARAN HEBAT oleh peniaga-peniaga menjelangnya tarikh istimewa ini.. AirAsia & Malaysian-airlines antara yang menonjol. Dan TENTUNYA tarikh istimewa ini menjadi HARI PEMBUKA untuk SUKAN OLIMPIK yang kali ini di adakan di CHINA.

Tentu ada RAHSIA BESAR mengapa China memilih tarikh ini sebagai TARIKH PENTING untuk menjayakan sukan paling hebat bertaraf dunia ini. Segala persiapan sejak 7 tahun lalu akan RASMINYA dipersembahkan kepada tatapan dunia pada hari ini. Apa-apapun gayanya.. ANUGERAH MASA merupakan KEKAYAAN ALAM buat kehidupan dunia.

Hari ini ditulis tarikhnya sebagai 080808… ramai yang bersetuju begitu. Berapapun digitnya.. yang dilihat adalah angka 8 yang hadir. 8 membawa maksud gemilang, sibuk, kaya, TUAH & berjaya untuk sesetengah orang terutamanya dari masyarakat Cina. Jika 8 secara solo telahpun tinggi maksudnya.. apatah pula dengan hadirnya 3 angka 8 pada hari ini. Ringkasan 08 yang mewakili 2008 ini hanya akan berlaku setiap 100 tahun.. dan ia bukanlah suatu jangkamasa yang pendek untuk dinantikan pengulangannya semula 100 tahun lagi. Entah punya nyawa atau tidak..

sebelumnya… >> 1808 >> 1908 >> 2008 >> 2108 … seterusnya.

Kehebatan 8 pada hari ini tidak berakhir hanya pada 3 angka 8 tersebut semata. Jika dihitung secara penuh nilaimata tarikh hari ini iaitu 08-08-2008 ia akan membawa kita kembali ke angka keramat 8!

08082008 >>> 0+8+0+8+2+0+0+8 = 26 >>> 2+6 = 8

Adakah sekadar kebetulan?? Fikir dan renungkan…

8 dilihat sebagai angka yang TIDAK PUTUS-PUTUS.. Dimanapun anda memulakan garisan lingkarannya, ia akan menemukan anda kepada awalan titik garis tersebut.

8

Apa maksud titik awal dan titik akhir ini buat kita?? AWAL & AKHIR… Yang Awal & Yang Akhir..!!! DIA YANG AWAL - DIA YANG AKHIR!! Mulanya kita dari TIADA menjadi ADA lalu kembali kita kepada TIADA. Mulanya kita dariNYA kembalinya kita kepadaNYA. Umpama lingkaran NAFAS.. masuk dari LUAR menuju ke DALAM, melingkar di segenab ruang paru-paru lalu kembali menuju ke LUAR. Jika NAFS itu bermaksud TIUP dan ROH bermaksud CIPTAAN/NYAWA.. Maka, NAFAS pada kita itu adalah ANUGERAH NYAWA ciptaanNYA (Al-Hijr:28-29). Umpama juga DARAH yang mengutip oksigen dari aturan nafas, lalu JANTUNG mengepamnya keseluruh tubuh untuk diagihkan, lalu kembali darah ke JANTUNG untuk melengkapkan perjalanan / lingkarannya. Itulah ANGKA 8 untuk kita.

Tidak cukup itu, ANGKA 8 melengkapkan kejadian kita dengan kehadiran anggota yang BERPASANGAN. 8 yang di luar dan 8 di dalam. LIHATLAH PADA DIRIMU.. apa yang berpasangan di luar?? Berapa jumlahnya??

ANGGOTA BERPASANGAN DI LUAR: (yang nampak jelas pada tubuh)

2 BIJI MATA
2 TELINGA
2 TANGAN &
2 KAKI

Lalu, apa pula ANGGOTA BERPASANGAN YANG DI DALAM??

2 bahagian OTAK (kiri & kanan)
2 PARU-PARU
2 GINJAL (BUAH PINGGANG) &
2 TESTIS (untuk lelaki) atau 2 OVARIES (untuk perempuan)

Apakah kamu ‘melihat’??? maha hebatnya PENCIPTAAN dengan HUKUM BERPASANGAN yang saling melengkapkan!! Umpama LELAKI & PEREMPUAN, SIANG & MALAM, ATAS & BAWAH, LANGIT & BUMI, SYURGA & NERAKA, PAHALA & DOSA dan sebagainya lagi.

Malah, angka 8 itu sendiri telah menunjukkan CIRI PASANGAN pada dirinya.. bukankah angka 8 terbentuk dari 2 bulatan yang bertindih!!
8 copy

UMPAMA 2 PERKARA YANG BERSATU UNTUK SALING MELENGKAPKAN.. Hukum berpasangan!! Tak hairanlah jika angka 8 dianggap angka yang membawa TUAH oleh masyarakat CINA. Ia bersifat lengkap!! Malah MELENGKAPKAN!! KAYA DUNIA - KAYA AKHIRAT!! Bukankah itu MATLAMAT hidup kita??

yinyang

Masyarakat CINA mentafsirkan sifat berpasangan ini melalui SIMBOL YIN & YANG mereka.

LALU APAKAH YANG LENGKAP BUAT KITA?? Apa YINYANG ini pada kita?? Apa angka 8 yang tersembunyi di sebalik YINYANG ini untuk kita??

Angka 8 untuk yang ‘melihat’ adalah JUMLAH RAKKA’AT pada seluruh solat wajib SEHARI-SEMALAM (siang & malam itu sifat berpasangan @ sempurna @ lengkap lingkaran dalam sehari). Bermula subuh (siang YANG MASIH KEGELAPAN) hinggalah ke isya’ (malam YANG KEGELAPAN).. 2+4+4+3+4=17 @ 1+7= 8.

LENGKAPLAH diri sang muslim apabila KITARAN 8 yang berlaku pada dirinya tatkala lengkapnya ibadah SOLAT sehari semalamnya!!.

Tatkala kita solat, kita HADAPKAN 7 chakra tubuh ke arah KIBLAT (kedudukan kaabah). 7 chakra tubuh di DEDAHKAN ke pusat pemancar ENERGI seumpama piring astro yang dihalakan ke langit sebagai pusat pemacar transmisinya. 7 chakra ini akan merakam terima tenaga/energi lalu berkitar turun naik antara ketujuh-tujuhnya. Berlakulah kitaran YINYANG yang membawa kepada kesempurnaan dan keseimbangan tenaga tubuh.
chakra 8

PERHATIKAN… TITIK PERTEMUANNYA BERLAKU DI CHAKRA JANTUNG!! Makam QALBU / JIWA / SANUBARI yang menentukan kesejahteraan dan ketenteraman. Letaknya rasa KASIH, SAYANG, KESELAMATAN, KESUCIAN dan segalanya di titik ini. Juga merupa letak duduknya PARU-PARU (agen PERNAFASAN) dan JANTUNG (agen aliran DARAH). untuk tubuh manusia!

Lalu apa pula…

Setiap hari kitaran ini berlaku demi mewajarkan kesempurnaan diri (setelah 5 fardhu disempurnakan). 17 rakaat sehari atau numberologi akhirnya disebut sebagai angka 8 X 7 hari dalam seminggu >> 8X7=56.

Buat mereka yang NAMPAK.. 5 & 6 itu simbolik kepada kalimah HA & WAU atau ditulis HUWA! HUWA AWAL HUWA AKHIR!!! Kiranya 5 dicampur 6 hasilnya adalah 11 >> 1+1=2. Angka 2 kembali mengingatkan kita pada FAKTA BERPASANGAN.. hitam-putih, lelaki perempuan dll.
IQBC LOGOS

HUWA BERMAKSUD DIA! Dia yang awal.. Dia yang akhir!! Dia di waktu siang dan Dia diwaktu malam. Umpama ZIKIR dalam alunan NAFAS tanpa henti.. bertasbih dan berzikir menyeru akan DIA.

Hari ini 080808!

Tatkala menyemak AL-QURAN.. SURAH KE LAPAN AYAT KE LAPAN dan mencari HURUF KE LAPAN (pada ayat ke lapan).. Saya bertemu akan SURAH AL-ANFAAL (rampasan perang) ayat 8 yang bermaksud:

“agar Allah memperkuat yang hak (ISLAM) dan menghilangkan yang batil (SYIRIK) walaupun orang-orang yang berdosa (musyrik) itu tidak menyukainya.”

Cantiknya dalam ayat ini, kisah BERPASANGAN (yang HAK dan yang BATIL) disebut secara JELAS LAGI TERANG!.

Manakala tatkala meniti HURUF ke 8 pada ayat tersebut.. saya bertemu akan huruf QAAF!

Bukankah QAAF itu merupakan HURUF ‘Q’ yang menjadi huruf pertama untuk NAMA ‘QURAN’!!

Malah jika disemak di dalam Al-Quran, kita akan dapati adalah sebuah surah yang dinamakan SURAH QAAF dan dimulai dengan huruf QAAF.

Adakah ini sekadar kebetulan untuk saya meneliti lalu bertemu HURUF QAAF pada ayat 8 dalam Surah ke 8 (Surah Al-Anfaal) ini pada HARI yang TARIKHNYA 080808 ini???!! Subhanallah!!

Lalu apa lagi??

Huruf-Huruf Permulaan Quran - “Q” (Qaaf)

Jika dikaji, fakta menunjukkan yang teks huruf permulaan dengan hanya huruf “Q” terjumpa disurah 42 (Asy-Syuura) dan surah 50 (Qaaf). MENARIKNYA, jika dihitung jumlah huruf ‘Q’ ini di dalam setiap surah tersebut; jumlahnya adalah 57 kali bilangannya. 57 X ‘Q’ DI SURAH QAAF DAN 57 X ‘Q’ DI SURAH ASY-SYUURA.

Surah 50 berjudul “Qaaf” dimulai dengan “Q” dan ayat pertama dibaca “Q, dan Quran yang gemilang.” Ini menunjukkan “Q” bermakna “Quran,” jika dijumlahkan 2 huruf ‘Q’ di dua surah tadi (yang merupakan huruf-huruf permulaan @ bukan sebuah kata / ayat); maka kita akan dapati jumlahnya 114 (57 + 57 = 114) SAMA SEPERTI JUMLAH SURAH-SURAH PADA AL-QURAN. LEBIH-LEBIH MENARIK LAGI…fakta mengatakan bahawa kata “Quran” disebut sebanyak 57 kali didalam seluruh ayat-ayat di dalam Al-Quran.

Quran digambarkan didalam surah “Qaaf” sebagai “Majid” (gemilang), dan perkataan Arab “Majid mempunyai nilai gematrikal sebanyak 57: M (40) + j (3) + I (10) + D (4) = 57.

Surah 42 mengandungi 53 ayat-ayat, dan 42 + 53 = 95 manakala Surah 50 mengandungi 45 ayat-ayat, dan 50 + 45 = 95. JUMLAH AYAT + BIL SURAH KEPADA KEDUA-DUANYA ADALAH SAMA IAITU 95!!

Dibawah ini adalah ringkasan data bagi huruf Q.

1. Kekerapan sebutan bagi “Q” disurah “Q” (no.50) adalah 57 @ 19 x 3.

2. Huruf “Q” disebut disurah lain yang permulaan surahnya Q (No. 42) genap nombornya sebanyak 57 kali.

3. Total yang tepat bagi kedua surah berkenaan “Q” adalah 114, bersamaan dengan nombor didalam Quran.

4. Perkataan “Quran” telah disebutkan sebanyak 57 kali didalam Quran.

5. Quran digambarkan sebagai “Majid” (Gemilang) adalah berhubung kait dengan perkataan “Majid” mempunyai nilai gematrikalnya sebanyak 57.

6. Surah 42 mengandungi 53 ayat ayat, dan 42 + 53 = 95, ataupun 19 x 5.

7. Surah 50 mengandungi 45 ayat ayat, dan 42 + 45 = 95, ataupun 19 x 5

Hari ini 080808! Bersamaan juga 06 Sya’ban 1429
06 Sya’ban 1429 ditulis sebagai 06/08/1429 >>> 6+8+1+4+2+9 = 30 @ 3.
HARI INI ANGKA 8 muncul 3 KALI di tarikh MASIHI iaitu pada HARI, BULAN DAN TAHUN nya!!! DDMMYY >> 080808.
SYA’BAN ADALAH BULAN KE LAPAN dalam kalendar HIJIRIAH!! Bulan KEMAKMURAN dengan RAHSIA KEHEBATAN NISFU SYA’BAN nya.
Hari ini 080808! SEGALANYA PERIHAL 8!!

Untuk SAYA…. H+A+Z+I+L A+Z+R+A+N ditulis secara numerology sebagai 8+1+8+9+3 + 1+8+9+1+5 yang membawa jumlah 53 >>> 8 !!

Salam Aura Kedamaian… Salam OLIMPIK 08!!

Mir Hazil Azran Ramli

Saat ini ke titip sebuah harapan untuk suatu kehidupan yang jelas kebenaran & jalannya menuju kedamaian, kekayaan dan kemakmuran untuk semua alam kehidupan yang nyata mahupun tidak.

Aku sayang AKU, DIA dan KAMU!!

Mir Hazil 08:08:08 di 08/08/08

PS: masih ku belek al-Anfal ayat 8 : “agar Allah memperkuat yang hak (ISLAM) dan menghilangkan yang batil (SYIRIK) walaupun orang-orang yang berdosa (musyrik) itu tidak menyukainya.”

 

apw cover

 

ALKISAHNYA.. Buku AURA PERSONALITI WARNA (APW) akan muncul tak lama lagi. Belumpun matang usia AURA PENYEMBUHAN REIKI (APR) di pasaran… belumpun APR sempat memenuhi TOKO-TOKO BUKU di Malaysia apatah lagi menemui minda pembaca… APW dah bersedia untuk dicetak. InsyaAllah, akan masuk ke pasaran SEPTEMBER 2009 atau Ramadhan 1429 kelak. Jika segalanya berjalan lancar.. SYAWAL ni APR & APW akan mula menjalar ke seluruh tanahair.

APA KOMEN ANDA akan COVER APW di atas?? MENARIK??!

Saya & isteri SUKA cover ni… Tahniah untuk team grafik PTS! Mudah-mudah warna putih mengambarkan KESUCIAN fitrah manusia yang mencorakkan kehidupan dan dirinya dengan berbagai macam ragam warnanya.

Mir Hazil Azran Ramli

Next Page »