
PROFIL MIR HAZIL AZRAN
RAMLI
Master Mir Hazil Azran Ramli dilahirkan di Taiping,
Perak pada 25hb Jun, 1972 bersamaan 13hb Jamidul Awal,
1392 Hijrah. Merupakan anak ke tiga kepada pasangan Hj
Ramli bin Zahid dan Hjh Aishah bt Harun. Semasa usianya 7
bulan, beliau kehilangan ayahanda tersayang yang kembali
ke Rahmatullah. Beliau dibesarkan dan mendapat didikan
serta kasih sayang dari bonda tercinta yang merupakan
seorang Guru.
Master Mir Hazil mendapat pendidikan awal di Sek Keb
Simpang, Taiping dan seterusnya melanjutkan pendidikan
menengah beliau di Sek Men Keb Agama Sultan Azlan Shah di
Sri Iskandar, Bota, Perak. Tamat persekolahan,
atas sebab-sebab tertentu beliau menangguhkan hasratnya
untuk menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi
buat sementara dan terus melangkah ke alam pekerjaan di
dalam bidang perbankan. Semangat dan keinginan untuk
belajar tidak pudar bagi dirinya, sambil bekerja beliau
telah melanjutkan pendidikan melalui pengajian jarak jauh
di Institut Teknologi MARA dalam jurusan Diploma
Perniagaan. Beliau telah berada di dalam industri
perbankan untuk kira-kira 12 tahun sebelum mengambil
keputusan untuk menceburi bidang yang telah menarik minat
dan perhatiannya iaitu Perawatan Alternatif .
Sejak tahun 1998, beliau mula berjinak-jinak dengan
ilmu perubatan alternatif melalui beberapa siri kursus
dan pembelajaran pada tahap sijil dan diploma. Antara
bidang yang diterokai oleh beliau adalah Iridology,
Applied
Kinesiology, Akupuntur, Reiki, Herba, Phytobiophysics,
Colour Therapy,
Chromatology, Touch for Health dan Psycotherapy. Beliau
juga mendalami ilmu-ilmu berkaitan Potensi Minda seperti
Neuro Linguistic Programming (NLP), Emotional Freedom
Technique (EFT), Emotional-Spiritual Quotients (ESQ),
Numerology, Astrology dan sebagainya. Minat yang mendalam
dalam ilmu-ilmu rawatan alternatif dan metafizika telah
mendorong beliau melanjutkan pelajaran secara
berperingkat-peringkat sehingga ke tahap Sarjanamuda
dalam Sains Bio-Energi Manusia. Menerusi kajian dan tesis
bertajuk ‘Aura Mastery’, pada Januari 2006 beliau
menerima anugerah Doktor Falsafah dari Zoroastrian
College, Mumbai & The Open International University
for Complementary Medicine, Colombo, Sri Lanka.
Perjalanan Reiki oleh Master Mir Hazil bermula
kira-kira 10 tahun yang lalu. Sejak diperkenalkan kepada
Terapi Reiki, beliau banyak menjadikan kaedah terapi ini
sebagai remedi penjagaan dan penjanaan energi untuk
dirinya dan keluarga. Secara beransur-ansur beliau mula
mendalami ilmu-ilmu Reiki menerusi beberapa orang Reiki
Master di Malaysia dan antarabangsa. Selain merupakan
Master Teacher
untuk “Usui Reiki”, beliau juga merupakan Karuna Ki Master Teacher,
Imara Reiki Master Teacher, Acsension Reiki Master, Sufi
Reiki Master dan pengamal untuk beberapa aliran Reiki
yang lain. Beliau mula menawarkan khidmat Terapi Reiki
sebagai khidmat rawatan alternatif yang utama di samping
beberapa teknik penyembuhan yang lain sejak tahun 2001.
Atas permintaan dari kalangan kenalan dan pelanggan,
beliau mula mengajar Seni Penyembuhan Reiki secara aktif
sekitar tahun 2004.

Master Mir Hazil merupakan Konsultan dan Pengamal di
Pusat Rawatan Reiki, InnerGy Quest Bio-Concept di Seksyen
9, Shah Alam. Pusat ini menyediakan pelbagai terapi
alternatif, khidmat kaunseling, terapi rohaniah, kursus
Reiki, kursus Kuasa Minda, Numerology, Motivasi, khidmat
dianogsis Bio-Energi melalui Kamera Aura-chakra, Khidmat
‘Feng Shui’, Kristal dan lain-lain perkhidmatan yang
menjurus kepada keharmonian Jasmani & Rohani. Master
Mir Hazil merupakan pengasas untuk Siri Produk Kesihatan
Bio-Energi “7Chakra” dan “7Chakra Busana Muslim”. Beliau
juga merupakan Pengamal Alternatif yang pertama di
Malaysia yang menawarkan khidmat dianogsis kesihatan Aura
melalui Kamera “Aura Video Station” (AVS). Dengan latar
belakang pendidikan di dalam ilmu Sains Bio-Energi
Manusia, sesi foto aura yang dikendalikan oleh Master Mir
Hazil merupakan sebuah sesi dianogsis yang ilmiah.
Master Mir Hazil secara aktif melibatkan dirinya
untuk mendedahkan ilmu Aura dan Reiki kepada umum. Beliau
menerima banyak undangan untuk membicarakan dan
memperjelaskan perihal Aura secara ilmiah dalam banyak
majlis-majlis ilmu. Antara yang pernah mengundang beliau
adalah; Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya,
Universiti Teknologi MARA Malaysia, Dewan Perniagaan
Melayu Malaysia, Pertubuhan Umno, Puspanita, Usahanita,
Felda, Insken, Jabatan-jabatan swasta dan
syarikat-syarikat persendirian. Beliau juga turut
mendapat undangan untuk bersiaran di rancangan Wanita
Hari Ini & Malaysia Hari Ini di TV3, rancangan Busana
Muslim di TV9 serta telah memperkenalkan konsep ‘Aura
& Makanan’ melalui 13 episod rancangan masakan di
RTM1 yang bertajuk ‘Aura Rasa’. Beliau juga pernah
diwawancara di media-media cetak seperti di akhbar Berita
Harian, Utusan, Metro, Sinar Harian, Majalah Mingguan
Wanita, Harmoni, Al-Islam, Mastika, Misteri dan
lain-lain. Tajuk Aura & Reiki dengan nama Master Mir
Hazil begitu sinonim, malah ramai yang mendapat
penerangan ilmu aura, chakra dan Reiki secara jelas dan
tepat dari beliau.
Mendirikan mahligai rumah-tangga bersama isteri Puan
Shuhaila bt Kamis dan telah dianugerahkan 3 cahayamata
iaitu Allahyarham Muhammad Afdlin Damia (kembali ke
Rahmatullah pada 1999 ketika berusia 2 tahun akibat
kemalangan jalanraya), Muhammad Affiq Darimy dan Mir
Amelyn Saffiya. Master Mir Hazil atau lebih senang
dikenali sebagai ‘Master Hazil’ di kalangan teman-teman,
pelajar-pelajar Reiki dan pengamal Reiki; merupakan
seorang yang sederhana, pendiam dan suka berkongsi ilmu.
Dikalangan pelajar dan pengikut setianya, beliau adalah
seorang ‘guru’, konsultan, mentor, jurulatih dan yang
utamanya adalah seorang ‘teman’ yang akrabnya umpama ahli
keluarga. Hanya mereka yang rapat dengan beliau akan
mengenalinya secara dekat. Bukan nama, latarbelakang atau
gelaran kedudukan beliau yang menjadi ukuran;
namun misi,
visi, pengalaman dan falsafah tentang kejiwaan dan
kehidupan beliau yang tarikannya umpama magnet dan
menjadikan siri kuliahnya sentiasa mendapat perhatian di
kalangan yang mengenalinya.

- InnerGy Quest Bio Concept Sdn Bhd
-
24B, Jalan Tengku Ampuan zabedah
K9/K
Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
03-5880 4349 / 017-333 2349
|