Rawatan Reiki

Apa itu Reiki?
- REIKI adalah suatu teknik penyembuhan alternatif yang menggunakan tenaga alam (Universal Life Force Energy).
- Tenaga ini juga dikenali sebagai CHI dalam bahasa Cina, PRANA dalam bahasa Sanskrit, TENAGA ILAHI / QUDRAH dalam Islam.
- Bertindak terhadap ke semua tahap iaitu pada tahap FIZIKAL, MENTAL, EMOSI dan SPIRITUAL (ROH) seseorang.
- Di barat, terapi REIKI diaplikasikan sebagai “Teknik Mengurangkan Stres.”
DALAM KAEDAH RAWATAN REIKI, SETIAP PENYAKIT ADALAH MANIFESTASI DARIPADA GANGGUAN GELOMBANG YANG TIDAK DIRAWAT DALAM SISTEM BIO ENERGI TUBUH.
GANGGUAN GELOMBANG INI TERMASUKLAH DARIPADA PERSEKITARAN MAHUPUN DIRI SENDIRI SEPERTI STRES, RADIASI PERKAKASAN ELEKTRIK /ELEKTRONIK, TRAUMA, KESEDIHAN, PERASAAN DENDAM DAN LAIN-LAIN.
TENAGA ‘REIKI’ TERUS MERAWAT KEPADA PUNCA PENYAKIT YANG TIMBUL AKIBAT DARIPADA GANGGUAN GELOMBANG.
IA MELIPUTI KEPADA EMPAT SISTEM MANUSIA IAITU MENTAL, SPIRITUAL, EMOSI DAN FIZIKAL.
Reiki Penyembuhan Rohani
Penyakit adalah menifestasi ketidak seimbangan tenaga yang berlaku dalam sistem bio-tenaga manusia. Kebanyakkan penyakit fizikal merupakan kesan akhir apabila suatu bentuk tenaga mengalami kekurangan, kebocoran, terlalu aktif (hyper-active), tidak stabil dan terganggu dengan gelombang rediasi. Pancaran gelombang berfrekuensi tinggi dari luar tubuh boleh membocorkan medan aura malah jika ia berlarutan atau terlalu kuat; ia mungkin merosakkan bateri hayat manusia iaitu sistem chakra tubuh. Radiasi boleh berlaku dari beberapa unsur atau sebab umpamanya kesan pendedahan sistem aura kita secara berterusan atau berpanjangan kepada gelombang elektromagnatik seperti pekakas elektrik, elektronik, talifon bimbit, gelombang radio dan lain-lain. Malah, gangguan gelombang radiasi juga boleh berlaku dari elemen sihir, lintasan jin, santau, saka dan seumpamanya.
Secara ilmiah, apabila berlaku gangguan arus tenaga pada tubuh manusia; sistem sel tubuh tidak dapat bekerja seperti sediakala. Sebagai contoh apabila kita mengalirkan arus tinggi kepada pekakas elektrik yang berarus rendah atau perkakas yang menggunakan plug adapter untuk mengecilkan arus elektrik biasa seperti talifon bimbit, pekakas tersebut mungkin terbakar atau rosak. Begitu juga tubuh, andaikata seseorang mengalami gangguan jin yang menggetarkan frekuensi gelombang yang tinggi (infra merah); sistem sel dan seluruh sarafnya akan mengalami kejutan arus secara berterusan lalu mengakibatkan kerosakkan berlaku. Malah adakalanya ia akan menjadi terlalu aktif (hyper-active) dan mencorak aktiviti luar biasa yang menongkah adat seperti histeria, gangguan penafasan, kesakitan yang memuncak, hilang pertimbangan, hilang keseimbangan dan sebagainya.
Suatu masa dahulu dikalangan pengamal medik moden, perkara atau penyakit sebegini sering mengelirukan mereka. Ujian atau dignosis akan berubah-ubah dari masa ke semasa dan akan mengakibatkan kesilapan dalam ujian atau penilaian terhadap simptom penyakit. Lalu ini menyebabkan ubat atau rawatan yang diberi gagal memberi kesan segera atau positif. Namun begitu dewasa ini perkembangan ilmu dan teknologi sains telah banyak membantu untuk kita memahami keadaan tersebut dengan lebih mendalam. Kini, sains juga mampu menjelaskan teori-teori perubatan tradisional atau purba yang telah diwarisi zaman-berzaman dalam konteks bagaimana ia berkesan untuk sistem tubuh antaranya amalan mandi bunga, berpantang, berbarut, mengurut, aromaterapi, refleksologi, akupuntur, REIKI dan lain-lain. Antara penjelasan yang utama tentunya dengan penemuan teori Sistem Bio-Hayat manusia yang membicarakan tentang sistem arus gelombang, meridian, nadis, kundalini, aura dan chakra pada tubuh manusia.
Sistem Bio Energi Manusia
REIKI merawat sistem BIO-ENERGI manusia. Sistem Bio-Energi Manusia merupakan sebuah sistem jaringan tenaga yang berada pada setiap manusia hidup.Ia juga dikenali sebagai sistem TENAGA HAYAT manusia.Secara umum, ia dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu sistem CHAKRA dan AURA
Maklumat lanjut sila ke http://www.7chakra.com/reiki
|