Salam Cahaya dari Brighton untuk semua…  agak lama saya menyepi diri…. tapi sentiasa mengikuti perkembangan di IQBC…. saya gembira melihat berbagai perkembangan yg berlaku di IQBC… walaupun tidak dapat mengikutinya… saya sentiasa mendoakan kejayaan kepada apa2 program yang dikendalikan.

Baru2 ini saya mendapat khabar dari seorang teman yang mempunyai anak yang menghidap autisma….rasa terpanggil untuk membantu…. walaupun ilmu belum mencukupi tapi perasaan untuk mencuba dan membantu membuat saya bersemangat…. lantas saya menghubungi kawan melalui email…. diceritakan serba sedikit perihal reiki…. kawan itu seperti berminat…. sebelum dia menerima rawatan tersebut… dia berjanji akan menelefon untuk bertanya maklumat lanjut…. kemudian saya terfikir bahawa saya perlu mendapatkan maklumat bagaimana untuk merawat kanak2 autisma…. lantas saya mencari maklumat mengenainya di internet…. setelah menemuinya saya membaca dan membuat sedikit catatan… 

Berikut adalah catatan yg saya ambil di internet bagaimana untuk merawat kanak2 autisma dgn reiki… ia telah diolah mengiktu kefahaman saya :-

1. Kanak2 autisma adalah kanak2 istimewa, mungkin agak susah untuk memujuk mereka menerima rawatan. Jadi perlulah meyakinkan kanak2 tersebut dgn membuatkan mereka berada dalam keadaan tenang sebelum memberi rawatan.

2. Selepas itu bawa kanak2 autisma masuk ke bilik rawatan, pastikan mereka rasa tenang dan selesa. Mungkin mereka merasa asing dgn bilik rawatan, oleh itu harus dipastikan bilik rawatan sesuai untuk mereka, jika mereka tidak suka bawa mereka kemana tempat yg mereka suka. Yang penting adalah mereka berada dalam keadaan tenang dan selesa.

3. Apabila memulakan rawatan, keluarkan dahulu energi negatif yang ada pada kanak2 autisma kerana energi ini telah mengganggu perkembangan kanak2 tersebut.

4. Bila beri rawatan, tumpukan pada Chakra Mahkota kerana ini akan membantu perkembangan kepada fungsi otak kanak2 autisma, bebaskan masalah yang membelenggu kepada pemikiran dan emosi mereka kerana dipercayai bahawa ini adalah sebab utama kepada masalah kanak2 autisma. Rawatan dibahagian ini akan mengurangkan simpton2 autisma.

5. Kemudian beri rawatan di bahagian bahu, rusuk, siku, lutut dan di belakang lutut kerana dibahagian ini selalu memberi tekanan kepada kanak2 autisma dan membuatkan mereka berada dalam keadaan tegang.

6. Mungkin akan memberi kesan negatif kepada kanak2 selepas rawatan seperti marah2 dan tidak selesa, ini mungkin disebabkan toksin yg ada didalam badan kanak2 tersebut. Jika ini berlaku, berilah kanak2 tersebut minum air untuk membuang toksin yg ada dalam badan.

7. Selalulah memberi rawatan yang berkala untuk mendapat kesan yang baik. Disamping itu ibubapa kanak2 autisma perlu selalu memantau perkembangannya dengan membuat pemeriksaan doktor.

8. Perlu di ingat bahawa Reiki adalah satu terapi dan tidak dijamin keberkesanannya 100%.  Tetapi tidak salah untuk mencubanya. Ia harus dijadikan terapi tambahan bersama dengan rawatan secara psychology.

Itu adalah maklumat yg saya dapat, mungkin ada maklumat lain yang saya tidak ketahui.

 

Salam Kedamaian…
reiki i kids

Hari ini IQBC melakar sejarah sekali lagi. PERTAMA KALINYA dalam sejarah PERKEMBANGAN ILMU REIKI DI MALAYSIA : Program Pendedahan & Pembelajaran REIKI untuk Kanak-kanak diperkenalkan. Hari ini bertempat di centre IQBC, kelas REIKI-i-KIDS di adakan untuk 10 peserta (anak-anak). Program dari 10pagi hingga 5petang ini disusun rapi dengan aktiviti ilmiah dan praktikal untuk mendedahkan anak-anak GENERASI HARAPAN dengan ilmu WARNA, AURA, TENAGA, NOMBOR, KESIHATAN & REIKI. Anak-anak dari lingkungan umur 5 hingga 12 tahun ini AKAN MENEROKA alam diri mereka melalui kaedah yang UNIK & TERSENDIRI demi MEMBONGKAR RAHSIA ANUGERAH KEHIDUPAN yang ada pada setiap manusia.

Reiki-i-KIDS merupakan Program Khas yang bakal menjadi FENOMENA BARU dalam perkembangan REIKI di Malaysia. Ia adalah sebuah program pembelajaran yang FUN & INTERACTIVE untuk menjana MINDA, EMOSI, TUBUH & KEROHANIAN kanak-kanak. Mendedahkan minda kanak-kanak kepada KEHEBATAN & KEINDAHAN PENCIPTAAN ALAM yang penuh WARNA-WARNI serta Hubungan manusia dengan alam. Memberi kesedaran & meningkatkan kecerdasan pada diri mereka terhadap PERANAN MANUSIA sebagai khalifah alam. Mendedahkan potensi diri mereka sebagai PENAWAR ALAM yang natural dan fitrah yang membolehkan mereka menjadi PENYEMBUH & PENAWAR untuk seisi rumah atau keluarga mereka. Ia juga program yang INDAH dengan aktiviti seperti senaman aura, mengenali aura (foto aura), mewarna aura diri, membuka chakra tapak tangan, bermain bebola energi, merasa & mengusap aura, mengalirkan & memancarkan energi dan sebagainya. Kemuncaknya, kanak-kanak akan didedahkan dengan ilmu penyembuhan REIKI melalui rawatan diri sendiri dan untuk keluarga. Program ini penuh WARNA dan disampaikan oleh 3 REIKI-i-KIDS MASTER TEACHER secara serentak / bersama-sama.

Saya berbangga dengan usaha ini. Tahniah untuk TEAM REIKI-i-KIDS yang diketuai oleh Pn Shuha sendiri. Buat mereka yang menantikan suatu program untuk anak-anak.. tertutamanya menjelang PEPERIKSAAN UPSR tahun ini… INI HADIAH UNTUK ANDA!! HUBUNGI IQBC untuk info program Reiki-i-kids siri ke 2 kelak. TEMPAT TERHAD… SESI INTERPERSONAL melalui Personal Coaching oleh Reiki-i-kids Master Teacher yang berpengalaman.

Satu lagi JANJI YANG DI KOTA… HADIAH BUAT REIKI… HADIAH UNTUK ALAM!!

Ya Allah…!! makmurkanlah ikhtiar & usaha kami ini.

Master G

Semalam, saya tetibe nak buat eksperimen ala ‘kanak-kanak’. Idea ni muncul sebab orang asik tegur tangan saya panaass je.. saya pun musykil lah..betui kaaa?? so,saya buat lah experiment..

Peralatan: tangan saya, dan jangka suhu

tujuan : mengukur suhu / tenaga haba yang dikeluarkan tangan saya.. ( huhu… )


CARA 1 : Tak sentuh jangka suhu ( bim energi )

Reiki & 3 simbol Reiki ->  ambil masa 3.5 minit untuk naikkan 1C

Nur Reiki Salam -> cuma ambila masa 1 minit sahaja untuk naikkan 2.5C

Dalam masa 5 minit, Nur Reiki Salam naikkan bacaan suhu sebanyak 4.5C

———————————————————-

CARA 2 : Sentuh jangka suhu

Kawalan : Suhu tangan kanan 35C, suhu tangan kanan 34.5C

Keputusan:

Setelah menyentuh jangka suhu, di dapati ,

bacaan suhu tangan kiri -> 35.5C

bacaan suhu tangan kanan -> 35.5C

Kesimpulannya :

1. Tangan manusia manusia mmg mempunyai tenaga haba dan ukuran suhunya berbeza-beza.

2. Nur Reiki salam lebih cepat memanaskan jangka suhu berbanding Reiki & Simbol sahaja.

3. Tangan saya tak lah panas sangat.. hehehe…

ok. sekian perkongsian saya kali ini . :P

Sempena menyambut Nisfu Syaaban & kedatangan Ramadhan, IQBC Sdn Bhd memberi Tawaran Hebat bagi semua Kursus-kursus Reiki Tahap 1 hingga Master, Numerology, Workshop Kuasa Aura Magnet Kekayaan serta Siri Produk Bio-Energi 7Chakra, Busana dan Crystal.

 

Tawaran bermula dari 14 Syaaban - 30 Ramadhan bersamaan 16 Ogos - 30 September.

1. Diskaun sebanyak RM100 bagi setiap Kursus yang diikuti dalam tempoh tawaran.

2. Diskaun sebanyak 10% - 20% bagi Siri Produk Bio-Energi 7CHAKRA.

3. Diskaun sebanyak 30% bagi Produk BUSANA.

4. Diskaun sebanyak 50% bagi Produk CRYSTAL.

 

Tarikh-tarikh Kursus sepanjang tempoh tawaran dari 16 Ogos - 30 September :-

23/08/08 (Sabtu) 

Workshop KUASA AURA MAGNET KEKAYAAN  =  RM560 sahaja.  

24/08/08 (Ahad) 

Program REIKI i-KIDS  =  RM150 sahaja.

30/08/08 (Sabtu) 

Kursus NUMEROLOGY Asas & Lanjutan  =  RM460 sahaja.

06-07/09/08  (Sabtu-Ahad)     

Kursus REIKI Tahap LANJUTAN  =  RM800 sahaja.      

 
13-14/09/08 (Sabtu-Ahad)      

Kursus REIKI Tahap 1 & 2  =  RM800 sahaja.

 
17/09/08 (Rabu @ Nuzul Al-Quran) 

Kursus REIKI Tahap MASTER  = RM1400 sahaja.

 

Tempat terhad, sila daftarkan kehadiran anda segera. Maklumat lanjut, hubungi Cik Azza : 03-58804349 / 017-3332349. 

Di sini saya ingin berkongsi pandangan serta analisis dari sudut Numerologi bagi Nisfu Syaaban iaitu malam yang penuh dengan rahmat serta keberkatannya. Malam Nisfu Syaaban jatuh pada 15 Syaaban 1429.

Malam nisfu Syaaban jatuh pada malam Ahad bersamaan dengan tarikh 17.08.2008. Ahad adalah hari pertama iaitu merujuk pada Dia (Allah SWT) yang Satu dan Esa. Dan tiada yang dapat menyamaiNya.

Bulan Syaaban merupakan bulan ke lapan lalu ianya dikira sebagai 1 + 5 + 8 + 1 + 4 + 2 + 9 =  30. Nombor 3 adalah jawapannya. Manakala bulan masihi pula kiraan numerologi pula adalah 1 + 7 + 8 + 2 + 8 =  26. Nombor akhirnya adalah 8. Jika dicampurkan nombor antara hijriyah dan masihi 3 + 8 jawapannya adalah 2.

Huraian tentang nombor 3 dan 8 kedua dua nombor ini berelemenkan Api. Dari segi fitrahnya kita amat memerlukan api sebagai sumber tenaga untuk memasak, mengalirkan haba dan sebagainya. Namun dari perspektif spiritual pula api juga adalah cahaya. Dan cahaya adalah NUR. Nur jika dikira dari kiraan hijaiyahnya pula adalah 4. 4 dikenali sebagai nombor penunjuk arah dan ilmu.

Kesimpulan yang dapat dilihat di sini adalah CAHAYA PETUNJUK dari Ilahi. Nombor 2 pula dapat di rungkaikan umpama air yang menyucikan jiwa, dan memberi ketenangan yang hakiki. 2 juga dapat dihubungkan dengan ungkapan 2 kalimah Syahadat iaitu,

 

          “ Tiada Tuhan yang Disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah”

 

2 juga adalah kiraan geometri untuk nama bagi Nabi Muhammad S.A.W. Huraian untuk nombor 3 pula merupakan nombor spiritual contohnya setiap aplikasi di dalam wuduk dan solat harus di ganjilkan dengan tiga kali, umpama melengkapkan setiap ibadah itu.

Manakala nombor 8 pula adalah nombor yang lengkap kitarannya, sesuai dengan Hukum Pasangan yang diterapkan iaitu dengan adanya malam dan siang, lelaki dan perempuan, hitam dan putih, yin dan yang dan sebagainya. Kesempurnaan nombor ini dapat di lihat dengan lengkapnya bilangan rakaat solat yang wajib kita tunaikan iaitu 3 + 4 + 2 + 4 + 4 = 17 .Sememangnya sebanyak 17 rakaat setiap hari solat yang wajib ditunaikan.17 itu dicampurkan lalu ianya menjadi 8. Dan 8 adalah pelengkap segalanya.

Merujuk pada kitab Al Quran pula surah Al-Baqarah (Sapi) adalah surah kedua. Dan ayat kedua bagi surah ini,

 

          “ Kitab Al Quran ini tiada sebarang syak padanya ( tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya ). Ia juga menjadi petunjuk bagi orang orang yang ( hendak ) bertakwa”.

 

Daripada tafsir ayat diatas sendiri merujuk pada rahsia nombor yang di sebutkan di atas, iaitu Allah yang satu serta Kitab Al Quran yang sempurna ( no. 8 ) dan sebagai petunjuk dan ilmu ( no. 4 ).

Setiap hari adalah hari yang terbaik, tetapi alangkah bertuahnya kita sekiranya kita dapat mengehtahui rahsia yang tersembunyi di sebalik setiap ciptaanNya. Semoga apa yang kita amalkan memberi petunjuk, hidayah serta cahaya juga bekal buat kita menuju akhirat kelak.

Wallahualam….

Assalamualaikum,

Salam Kemakmuran, Salam Kasih Sayang buat semua.

Hari ini 14.08.2008 - IMPIAN MENJADI KENYATAAN !!

Impian ini adalah 1 daripada 3 impian yang saya tulis dalam sampul ” 3 IMPIAN 2008″ semasa mengikuti KAMK-siri 4 yang lepas….

Sebelum bercerita panjang lebar, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru iaitu Master Hazil dan Master Amar yang mengajar saya ilmu REIKI dan RESQ56. Berkat ilmu NYA (dengan izin Allah) yang disampaikan dengan penuh keilkhlasan oleh para guru telah menjadikan impian saya satu kenyataan.

Hari ini dalam sejarah, setelah 9 tahun menantikan cahaya mata @ zuriat …. hari ini saya menerima khabar gembira apabila isteri disahkan hamil 4 minggu. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memakbulkan doa dan impian saya menjadi kenyataan. Ini lah anugerah dan kekayaan yang tiada tolok bandingannya bagi saya semenjak mengikuti kursus KAMK dan REIKI.

Saya menggunakan ilmu KAMK dan REIKI untuk menyembuhkan diri saya dan isteri dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. REIKI untuk membersihkan blockage, menguatkan base chakra, sacral dan solar plexus. Seterusnya dipancarkan dengan energy kasih sayang, manakala RESQ56 saya guna untuk tapping isu sihat, normal, yakin, redha dan pasrah dengan keadaan tersebut. Saya tanamkan dalam minda bahawa saya boleh mendapat zuriat sendiri juga dan akhirnya usaha tersebut telah membuahkan hasilnya pada hari ini.

Subhanallah, maha suci Allah yang maha berkuasa menetapkan segalanya dalam aturan NYA.

1 (HuWa Awal) - bermulanya sebuah kehidupan
9 (Huwa Akhir) - berakhirnya satu penantian setelah 9 tahun menunggu

KRONOLOGI PERJALANAN:

26 - 29 April 2008 : Megikuti kelas KAMK siri 4 di IQBC Shah Alam

10 - 11 Mei 2008 : Mengikuti kelas REIKI tahap 1 & 2 di IQBC Shah Alam

12 Mei - 13 Ogos 2008 : Mengamalkan RESQ56 dan REIKI secara tak berapa konsisten ( salah sendiri kerana alpa dan lalai Very Happy )

14 Ogos 2008 : Pemeriksaan di Klinik Kesihatan Putrajaya mengesahkan isteri telah hamil 4 minggu

Inilah kisah benar dari saya, satu testimoni kehebatan RESQ56 dan REIKI yang saya alami sendiri.

Terima kasih Master Hazil dan Master Amar atas ilmu ini…..

Sekian, wassalam.

Fadzli Nordin
a.k.a dagangputra

ps: Tahniah & SYUKUR!!

uitm

bukureiki

Syukur Alhamdulillah, semenjak Pelancaran Buku Aura Penyembuhan Reiki pada 28/06/08, pihak IQBC banyak mendapat panggilan telefon, sms & email dari para pembaca buku ini. Terima kasih di atas maklum balas anda semua.

Mereka yang baru mengetahui tentang Reiki dari hasil pena Master Hazil, ramai yang menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bidang ilmu ini. Bagi yang telahpun mengetahui tentang Reiki secara samar-samar melalui internet, bahan bacaan luar mahupun dari teman dan keluarga, mereka memanjatkan rasa syukur dan berterima kasih kerana buat pertama kalinya, Buku Aura Penyembuhan Reiki ditulis dalam Bahasa Malaysia dari Penulis Melayu dan Beragama Islam yang mengulas ilmu Aura & Reiki dalam bentuk yang jelas, teratur dan mudah difahami.

Sambutan dari pembaca-pembaca yang telahpun mempelajari Reiki juga tak kurang hebatnya. Terima kasih di atas segala ucapan tahniah dan rasa besar hati mereka di atas kelahiran buku ini yang banyak membuka minda, pengetahuan dan pemahaman yang lebih dalam lagi tentang ilmu ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang dikongsi oleh Master Hazil dapat membantu anda menjawab segala persoalan dan tanda tanya yang mungkin bermain di fikiran anda selama ini.

Pihak IQBC sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda untuk memeriahkan lagi Pentas Reiki kami dalam membentuk keluarga yang lebih besar & mantap lagi. Selamat Datang buat semua Pembaca !!! Nantikan kelahiran Buku Ke-2 dari Master Hazil, “AURA PERSONALITI WARNA”.

apw

reiki i kids

Reiki i-Kids

Reiki i-Kids merupakan satu program yang dirangka khas untuk anak-anak yang berumur dari 6-12 tahun. Objektif program adalah untuk melahirkan anak-anak yang pintar dalam pengurusan diri dari semua aspek yang bakal mereka tempuh kelak. Ramai anak-anak yang pintar dari sudut akademik tetapi gagal mengurus diri, mengawal emosi, stres, menghindar pengaruh negatif serta mengalami masalah hubungan dengan keluarga, guru dan rakan.

Di dalam program ini, anak-anak akan didedahkan dengan pemahaman tentang maksud, tujuan serta aplikasi menjadi seorang anak yang pintar secara keseluruhan.

Anak-anak yang didaftarkan di dalam program ini akan mendapat percuma Sesi Foto Aura dan penerangan ringkas tentang warna aura mereka , 1 botol Energi Booster untuk Minda, serta sehelai Tshirt. Makan tengahari, minum petang disediakan. Peserta juga akan menerima Manual dan Sijil Penyertaan.

Topik-topik pembelajaran :-

SESI PAGI

Sejarah ringkas Reiki, Manusia dan Alam semulajadi, Tenaga dan kehidupan, Warna-warna alam, Aura, Chakra, Hubungkait Tenaga dan Warna dalam Makanan, Kesihatan, Hidupan, Pelajaran, dan Kerjaya.

SESI TENGAHARI

Teknik Senaman Aura, Rehat dan Meditasi serta Teknik mengalirkan tenaga untuk penyembuhan diri, keluarga, rakan, tumbuhan, haiwan serta tenaga kasih sayang.

SESI PETANG

Manusia sebagai Magnet - boleh menarik Positif dan menolak Negatif, Teknik mengaktifkan Minda, Membuat Kad Impian dan Pengijazahan reiki tahap 1.

Anak-anak akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 6-9 tahun dan 10-12 tahun. Program akan diadakan pada 24 Ogos 2008, Hari Ahad, bermula dari jam 9.00 pagi - 5.00 ptg, bertempat di Pusat Latihan IQBC, Seksyen 9, Shah Alam. Yuran Penyertaan ialah RM150 seorang. Ibu bapa yang mendaftar lebih dari seorang anak akan mendapat diskaun sebanyak RM50 untuk anak yang berikutnya. Pengajaran dan latihan adalah dari Guru-Guru yang bertauliah dalam kumpulan kecil dan secara interpersonal.

Info lanjut, sila hubungi 03-58804349 / 017-3332349. Tempat terhad. Sila daftar segera.

reiki kids

Next Page »