7 Chakra
 

Terapi Bio Energy

Sistem Bio-Energi Manusia merupakan sebuah sistem jaringan tenaga yang berada pada setiap manusia hidup.Ia juga dikenali sebagai sistem TENAGA HAYAT manusia.Secara umum, ia dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu sistem CHAKRA dan AURA.

Bio Energi

TERAPI BIO-ENERGI secara umumnya adalah menyentuh tentang kesihatan tenaga hayat manusia. Sistem tenaga ini merupakan asas sistem kehidupan di mana ia merupakan arus getaran elektrik yang mengendalikan sistem tubuh, minda dan emosi manusia. Getaran yang sihat pastinya dapat menjamin aktiviti yang sempurna pada organ-organ dalaman badan yang seterusnya dapat menjalankan tugasannya secara sempurna dan teratur. Begitulah juga untuk sistem minda manusia & emosi manusia.

Tidak ramai yang sedar hakikat bahawa rawatan atau ILMU bio-energy ini adalah asas kepada banyak sistem atau jenis terapi yang lain. Sebagai contoh mudah, rawatan akupuntur yang menggunakan jarum akupuntur yang akan dipasakkan pada titik-titik tertentu pada tubuh yang berhubung kait dengan arus getaran tenaga bagi sistem yang ingin dirawat. Begitu juga dalam rawatan refleksologi, urutan yang dilakukan pada tapak kaki sebnarnya juga adalah untuk meransang getaran arus elektrik pada seluruh badan di mana pengamalnya akan melihat tapak kaki seumpama peta pada seluruh organ-organ badan. Malah, terapi Bio-energi ini adalah asas bagi semua sistem saraf, kelenjar hormon, darah, tulang, otot, organ-organ, pancaindera, sistem rasa, gerak hati dan sebagainya.

Antara sistem utama yang disentuh dalam ILMU Bio-energi adalah tentang sistem AURA dan CHAKRA. Walaupun ilmu aura & chakra ini ilmu purba, ia kini banyak didokong oleh fakta-fakta fizik dan saintifik. Ini memudahkan teori-teori lama ini diterima dan disahkan. namun begitu, telalu banyak ruang lagi untuk sains dan teknologi terokai dalam skop ini. Sebagai contoh, dewasa ini kita mula membicarakan tentang Teknologi Nano, FIR, Thyclon dan terbarunya Teknologi Bio. Semua ini punyai persamaan cuma hala tuju yang mungkin berbeza. Beberapa bulan lalu, saya dimaklumkan Saintis Jepun berjaya menemui Aluminum Nitride (AIN) yang mempunyai ukuran kelajuan cahaya tertinggi dalam keluarga gelombang Ultra Ungu iaitu 210nm. Penemuan ini tentunya amat berguna untuk teknologi maklumat dalam meningkatkan daya kelajuan penghantaran maklumat melalui kabel Fiber Optic (teori kelajuan cahaya). Bukan untuk tujuan itu sahaja, banyak lagi faedah yang bakal diperolehi dalam pelbagai arena hasil pertemuan ini.

Sedihnya disini, kita masih jauh ketinggalan. Masyarakat kita baru nak faham tentang AURA yang memiliki spektrum tenaga yang boleh dilihat (7warna)… di luar sana, mereka dah sampai ke tahap mengkaji spektrum yang tak nampak (invisible light spectrum). seperti Infra Merah jarak Jauh dan Ultra Ungu. Lebih menyedihkan istilah AURA di Malaysia tidak benar-benar dilihat secara ILMIAH tetapi digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan komersil sahaja. Usaha untuk menyampaikan Teori Ilmiah dalam ILMU bio-energi ini masih kurang dan dingin.. mungkin jual ‘nama’ lagi menguntungkan.

Lantaran itu, mungkin ini suatu usaha yang perlu saya dan yang berminat teruskan bagi memakmurkan ILMU ini sewajarnya. Disamping menjelaskan persoalan-persoalan yang timbul akibat salah informasi atau tafsiran akibat iklan-iklan yang bersifat komersil semata-mata. Pada yang berminat, beri komen dan pandangan anda kelak.

Salam Kedamaian…

Mir Hazil Azran PhD (Human Bio-Energi)